Istimewa sepanjang bulan Oktober ini, Legoland yang merupakan sebuah taman tema terkemuka di Johor, Malaysia sekali lagi tampil dengan pesta sambutan Halloween Brick-or-Treat 2018 yang bakal merubah rupa persekitaran taman tema menjadi kawasan belantara yang menakutkan untuk menyambut kunjungan seisi keluarga yang mahu berseronok!

Antara tarikan menarik yang ditawarkan termasuklah “Hut Activity Trail” yang akan mencabar minda pengunjung untuk menyelesaikan beberapa cabaran disekitar checkpoint terlibat, “Laughter Castle” yang bisa menjadi latar foto kenangan paling gah untuk kamu bersama tersayang serta menyaksikan perarakan “Halloween Parade” menampilkan beberapa karakter Lego yang sudah berubah wajah menjadi hantu-hantu.
Tonton Teaser Legoland Malaysia Brick-or-Treat 2018
Tidak ketinggalan, setiap hari Jumaat sepanjang Oktober ini juga, Legoland Malaysia Resort akan menganjurkan parti Brick-or-Trick secara meriah dan di sinilah kanak-kanak boleh menonjolkan bakat mereka mengendalikan penyelesaian terhadap beberapa cabaran, di samping memakai pakaian kostum Halloween dengan cara palinng kreatif untuk peluang mennag RM500 serta banyak lagi hadiah menarik!

Harga Tiket:-
Brick-or-Treat Party Nights: RM88
Kanak-kanak usia 3 – 11 tahun yang berpakaian lengkap Halloween boleh sertai pesata Halloween Brick-or-Treat Party Nights secara percuma tau! Untuk keterangan lanjut, lawat [Legoland.com.my]
The post Pesta Sambutan Halloween Di Legoland Ajak Keluarga Yang Mahu Berseronok! appeared first on Wanista.com.