Monki yang sangat popular kerana karakteristik rekaan pakaian wanitanya yang sering berpotongan longgar dan baggy, namun apa yang menjadikan jenama fesyen ini antara jenama fesyen paling unik adalah kerana konsep yang diterapkannya setiap musim adalah cukup bersahaja.
Menjadi trend di seluruh dunia, Monki tampil memperkenalkan koleksi kot dan jaket ranggi untuk melengkapkan koleksi musim Luruh/Sejuk 2018 di mana, terdapat lebih berpuluh rekaan kot dan jaket ditawarkan buat kamu yang berani menonjolkan diri dalam helaian eksentrik!
Terdapat dalam pilihan rona yang pelbagai termasuk nada biru, merah jambu, coklat, monoktom dan banyak lagi.
Apa yang pasti, kesemua koleksi ini boleh mula didapatkan di semua scawangan Monki seluruh Malaysia mulai Oktober nanti.

Lepas ni bolehlah kamu bercuti sambil bergaya sakan dengan kot dan jaket dari Monki yang pelbagai ni. Mesti nampak vogue ala-ala Parisian street look gitu! Untuk keterangan lanjut, klik [facebook.com/Monki].
The post Ramai Jatuh Hati Dengan Rekaan Koleksi Jaket & Kot Musim Luruh/Sejuk Monki! appeared first on Wanista.com.