Buat kamu yang sukakan filem seram suspen, BEDDUA mungkin mampu menakluk carta hati kamu pada kedudukan teratas kalau kamu benar-benar menghayati setiap babak yang dipaparkan.
Semalam penulis berpeluang menjadi antara orang terawal yang menonton filem seram Turki arahan pembikin filem Alper Mestçi dan apa yang penulis boleh rangkumkan, cerita ini tidaklh seindah khabar. Mungkin penulis letakan harapan terlalu tinggi buat filem ni.

Terus-terang penulis kata, penulis tak pernah tonton sekuel filem seran Turki berjudul “SiCCin”sebelum ini yang turut mendapat sentuhan Alper Mestçi, tetapi daripada perkhabaran orang ramai, kata mereka “filem hantu” Turki jauh lebih seram kerana banyak menggunakan elemen ilmu hitam yang berdasarkan jampi serapah. Penulis akui, BEDDUA adalah filem seram santai yang “biasa-biasa” sahaja.

Biarpun begitu, efek bunyi serta sinematografinya boleh dipuji kerana lain daripada lain dan sememangnya boleh buat penonton terkejut separuh mati dan tak tidur malam kerana asyik teringatkan rupa hantu mengerikan!
Mengisahkan empat sekawan bernama Melek, Burcu, Eda and Ayla mereka pada asalnya adalah sahabat baik di sekolah menengah namun pada suatu hari semasa tahun akhir pengajian, Melek jatuh sakit sekaligus lumpuh membuatkan dia terpaksa berhenti sekolah serta-merta.

Dalam keadaan yang cacat, dia juga tidak mampu bercakap dan melihat secara normal. Saban hari rakan-rakan yang lain termasuk Ayla, Eda dan Burcu datang untuk melawat dan menziarahinya namun hanya air mata yang mampu mengalir bagi menyatakan perasaannya yang hancur selepas peristiwa buruk melanda diri.
Semasa Melek ditemui tercedera di hadapan rumah seorang dukun wanita bernama Havel, rakan-rakannya yang lain hanya mampu melihat tanpa memberi sebarang bantuan dan mungkin ketana itu juga, wujud konflik yang menyebabkan empat sekawan ini sering berselisih faham dan rasa bersalah di atas apa yang berlaku terhadap Melek.

Jalan cerita pengakhiran filem ini pasti membuatkan kamu termangu! Sama seperti penulis, sangkaan penulis tersasar kerana dukun wanita itu sebenarnya mempunyai motif tersendiri mengapa dia selalu mendampingi Melek.
Tonton Trailer File BEDDUA: The Curse
Akhir kata, filem BEDDUA berjaya mengawal emosi dan pemikiran penonton. Kalau tak percaya boleh tonton sendiri kerana kesemua karakter hantu yang wujud dalam filem ini sangat realistik seolah-olah kita sendiri berada dalam babak yang dipaparkan. Penulis bagi !!!
The post [Review Filem] BEDDUA: The Curse, Hanya Untuk Mereka Yang Kuat Semangat appeared first on Wanista.com.