Jumaat lalu, daerah Sulawesi di Indonesia telah dilanda gempa bumi sekuat 7.7 skala Richter yang berupaya menghancurkan kepulauan Palu dengan ombak Tsunami.
Gempa itu sekurang-kurangnya telah mengorbankan lebih 832 jiwa dan lekas berlaku dalam sekelip mata tanpa diduga penduduk setempat.

Media Indonesia melaporkan pada Sabtu lalu bahawa seramai 540 orang tercedera bahkan kritikan terhadap agensi geofizik negara itu turut dikeluarkan untuk menghentam kerana amaran Tsunami hanya dikeluarkan pada saat-saar akhir yang kemudian membuatkan ramai penduduk jadi keliru sekaligus memburukkan lagi catatan angka kematian.
Tonton Video Detik-Detik Cemas Sewaktu Tsunami
Sehingga kini, penduduk yang terlibat dalam gempa tersebut berada dalam keadaan naif dan sangat mengharapkan bantuan di mana, segala keperluan dan bekalan utama telah terrputus termasuklah bekalan makanan, sumber tenaga sepeurti minyak dan elektrik bahkan panggilan telefon juga tidak dapat dilakukan kerana menghadapi masalah liputan yang terhad sekitar kawasan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, gempa ombak Tsunami setinggi tiga meter yang menggocang wilayah Kota Palu dan Donggala di Sulawesi Tengah itu berlangsung selama 22 minit pada jam 5.27 petang Jumaat lalu.
Himpunan Foto Sekitar Kota Palu dan Donggala Selepas Tsunami






Menurut makluman terkini oleh seorang Profesor dari Universiti Tokyo, Jepun, Profesor Kenji Satake mendakwa, dalam masa terdekat akan berlaku satu lagi gempa Tsunami susulan dan seharusnya penduduk serta sekitar kawasan yang terlibat perlu bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku, sekaligus mengambil langkah bijak agar tidak terlibat dalam kemalangan nyawa.
The post Butuh Bantuan, Keadaan Terkini Selepas Gempa Tsunami Di Sulawesi Menyayat Hati appeared first on Wanista.com.