Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14590

Ini Punca Si Bintang Saggitarius Sentiasa Jadi Pujaan Ramai!

$
0
0

Untung betul siapa yang lahir pada tanggal 22 November hingga 22 Disember! Ini kerana mereka sentiasa menjadi pujaan dan perhatian ramai dalam secara tidak sedar. Personaliti yang dimiliki sentiasa membuat orang sekeliling kagum. 

Jarang sekali menunjukkan perasaan sedih dan sentiasa terpalit dengan gelaran happy-go-lucky

Antara selebriti yang berbintang Saggitarius ialah Taylor Swift, Nicki Minaj, Miley Cyrus dan Katie Holmes.

Foto – The Coveteur

Kenapa agak si Saggitarius menjadi dambaan ramai ya, mari kita tengok puncanya…

Mesra

Anda seorang yang bersahaja dan mesra dengan siapa sahaja. Kalau berjumpa dengan orang baharu anda senang sekali bergaul dan langsung tidak anda rasa janggal. Rakan-rakan dan keluarga sering terhibur dengan gelagat anda. Senang cerita bila dengan anda, orang lain rasa happy dan cukup selesa.

Nicki Minaj mesra bersama peminat. Foto – dailypost.in
Adventurous

Tak kisah kalau ditinggal keseorangan atau sanggup berjalan jauh hingga ke negara orang. Perasaan ingin tahu anda sangat kuat sehingga mengetepikan zon selesa anda. Kalau diberi cabaran anda boleh melakukan tanpa anda rasa stress, ini kerana anda mempunyai sikap optimistik, semangat motivasi dan sukakan perubahan.

Miley Cyrus. Foto – Female First
Bijak berkata-kata

Orang yang meluahkan perasaan pada anda bukan sahaja lega tapi dibekalkan dengan nasihat yang berguna. Anda sangat pandai dalam memberi nasihat dan jujur terhadapnya. Jadi kenalan berterusan senang dengan diri anda yang bukan sahaja pendengar yang baik malah memberi respon terhadap luahan hati mereka.

Taylor Swift bersama Selena Gomez. Foto – glittermagrocks.com

Kalau hendak dipendekkan cerita, terdapat kajian mengatakan wanita bintang Saggitarius merupakan individu yang paling menarik setanding dengan bintang Pisces, Aquarius, Capricon, Leo dan Scorpio. Bukan itu sahaja, bintang-bintang lebih rupawan dan mampu menarik perhatian hati dan mata kaum lelaki.

Katie Holmes. Foto – Roy Rochlin/Getty Images

Tak tahu lah kalau semua ini tepat tapi tidak salah kalau kita ambil perkara yang positif dan terapkan dalam kehidupan seharian kita.

Buat pembaca Wanista yang berbintang Saggitarius, selamat hari jadi buat kamu! 

The post Ini Punca Si Bintang Saggitarius Sentiasa Jadi Pujaan Ramai! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14590

Trending Articles