Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14542

5 Filem Bollywood Pamer Jalan Cerita Paling Realistik Wajib Tonton

$
0
0

Kalau di Malaysia, drama Melayu asyik disajikan dengan jalan cerita yang cliche seperti kisah percintaan si kaya dan miskin, kisah kahwin paksa dan cinta berlainan taraf bahkan hampir semua merupakan adaptasi dari sebuah novel. Bukan berniat untuk menghina drama adaptasi ini, tapi kita sebagai penonton mahu dihidangkan dengan drama-drama yang nampak real dan natural dengan plot cerita yang tersendiri, sedikit sebanyak kita dapat mempelajari ilmu baru.

Kita ambil contoh terbaik perkembangan filem Bollywood sekarang yang lebih realistik nak dibandingkan dengan zaman dahulu kala yang hanya membuatkan kita leka. Ternyata banyak filem mereka mempamerkan jalan cerita cukup unik dan lain dari yang lain, topik yang dibentangkan juga sangat real dan menjadi perbualan harian masyarakat kita hari ini.

Lihat filem Bollywood yang mendapat tempat di hati penulis…

Padman

Berdasarkan kisah benar, Padman menceritakan tentang bagaimana seorang lelaki mencipta ‘tuala wanita’ dan berjaya membuka mata masyarakat.

Piku

Piku akan membuatkan anda ketawa, menangis dan senyum. Bukan filem komersial sembarangan tetapi Piku berikan anda hubungan bapa dan anak perempuan yang paling sebenar. Bayangkan hanya isu masalah ‘berak’, anak-beranak ini asyik bertekak.

Hichki

Rani Mukherjee membuat comeback dalam filem Hichki yang menceritakan tentang seorang wanita mencerita sindrom Tourette tetapi bercita-cita menjadi cikgu sekolah.

Dangal

Filem ini mengisahkan Mahavir (lakonan Aamir Khan) yang memiliki tubuh segak bak ahli gusti, namun peredaran usia membuatkan dia mula mengalami perubahan dari segi berat serta saiz tubuhnya yang juga mempunyai masalah buncit.

Sanju

Sanju adalah kisah biopik kehidupan kontroversi pelakon Sanjay Dutt – kerjaya filem, hukuman penjara dan kehidupan peribadi.

Memang berbaloi, serius penulis tak tipu…

The post 5 Filem Bollywood Pamer Jalan Cerita Paling Realistik Wajib Tonton appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14542