Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14542

Yeke? Kucing Taylor Swift Haiwan Peliharaan Paling Kaya Di Dunia

$
0
0

Amboi..amboi..amboi.

Tak cukup dengan manusia paling kaya di dunia, haiwan peliharaan pun dah ada tittle itu sekarang. 

Penyanyi pop wanita terkenal dunia, Taylor Swift memang tiada sangsi lagi dengan pelbagai kejayaan album dan memenangi pelbagai anugerah muzik menjadikan beliau sebagai penyanyi wanita paling mashyur dan kaya! Namun kekayaan beliau telah diwarisi pada kucing peliharaannya si comel, Olivia Benson.

Macam mana boleh jadi kaya?

Jangan main-main ya, kemunculan cameo Olivia dalam iklan Coca-Cola dan Ked Shoes telah menerima sejumlah bayaran besar. 

Foto – Pinterest

Harta yang dimiliki oleh si comel ini bernilai $97 juta dolar dengan hanya muncul dalam dua iklan. Kita kerja sepanjang hidup pun belum mampu nak kumpul harta sebanyak ini. Macam mengarut sahaja!

Foto – taylor13swift.suntuubi.com

Namun Olivia hanya mendapat tempat ketiga dalam carta haiwan paling kaya di dunia. Tempat pertama diungguli oleh anjing baka German-Sherpard, Gunther-IV yakni bukan sahaja mempunyai harta sehingga $375 juta juga orang gaji, makan daging stik, caviar dan memiliki 7 buah rumah bernilai jutaan ringgit.

Foto – Celebrity Pet Worth

Diikuti dengan kucing sensasi media sosial, Grumpy Cat yakni mempunyai pengikut 2.5 juta di Instagram sehingga mengeluarkan cenderahati (perniagaan) sehingga memberi ia harta berjumlah $99.5 juta.

Foto – Forbes

Jadi bukan kucing Taylor Swift sahaja yang mempunyai akaun jutaan ringgit, rupanya banyak lagi. Untung betul mereka ya…teringat pula pada anjing atau kucing terbiar. Hmm…

SUMBER 1 & 2

 

The post Yeke? Kucing Taylor Swift Haiwan Peliharaan Paling Kaya Di Dunia appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14542