Berita baik buat semua peminat tegar BTS tanah air!
Sejak sebulan lalu, Ketua Pengarah Eksekutif syarikat penerbangan tambang murah Air Asia iaitu Tan Sri Tony Fernandes telah memberi petunjuk jelas bahaya beliau mungkin akan membawa masuk kumpulan popular K-pop BTS bagi melangsungkan konsert sulung mereka di Malaysia dalam masa terdekat.
Siapa sangka akhirnya impiannya itu bakal direalisasikan!

Menurut laporan yang ditulis Hype.my semalam, sewaktu Tony Fernandes memberi ceramah ilmiah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Terengganu kelmarin, Tony secara tidak langsung telah mengeluarkan kenyataan rasmi seolah mengesahkan kehadiran BTS ke Malaysia untuk menjayakan sebuah konsert.
Tonton Ceramah Tony Fernandes Buat Para Pelajar UniSZA
“Adakah saya akan membawa masuk BTS ke Malaysia?”, tanya Tony kepada salah seorang pelajar saat pelajar itu sakan menyatakan perasaan cintanya terhadap kumpulan BTS tersebut. Lalu secara spontan, Tony lekas menjawab, “Ya, saya pasti!”.
Menurut Tony, beliau akan terbang ke Korea esok untuk menguruskan beberapa hal berkaitan rundingan dengan pihak syarikat pengelola BTS di sana.

“Isteri saya adalah orang Korea… jadi saya begitu yakin yang BTS akan datang ke Bukit Jalil,” tambahnya. “Saya juga kini mempunyai seorang menteri yang bagus seperti Syed Saddiq, semestinya saya akan cuba sehabis baik untuk bawa masuk mereka ke sini”.
Tonton Klip Tony Fernandes Sahkan Kedatangan BTS Ke Malaysia
Bagi meyakinkan Tony, pelajar yang ternyata merupakan peminat tegar BTS itu turut menjelaskan yang dia sanggup membayar mahal sekitar RM500 hingga RM700 untuk mendapatkan tiket BTS andai kumpulan itu jadi melangsungkan konsert di Malaysia!
Let’s hope for the best! Jom sama-sama kita nantikan keputusan yang bakal dibuat oleh pihak Air Asia dan BTS.
Tonton Klip Video Majlis Resepsi Tony Fernandes & Isteri Berbangsa Korea
BACA: Tony Fernandes Kahwini Gadis Korea Senyap-Senyap Di French Rivera
The post Tony Fernandes Nak “Belanja” ARMY Malaysia, Bawa Masuk BTS Buat Konsert! appeared first on Wanista.com.