Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14546

Fakta Menarik Tentang Jelitawan Dari Mexico Yang Dinobat “Miss World 2018”

$
0
0

Pada yang tidak tahu, acara tahunan ratu cantik dunia edisi 2018 baru sahaja menamatkan tirai dengan menyaksikan Mexico buat kali pertama dalam sejarah bergelar Miss World 2018.

Tahniah Vanessa Ponce de Leon!

Foto – Universal Media Pro

Vanessa mengalahkan 118 peserta di acara akhir yang berlangsung Sanya City Arena, Sanya, China. Tahniah juga buat Miss Thailand ‘Nicolene Pichapa Limsnukan’ menduduki tempat kedua dan tempat ketiga Miss Uganda ‘Quiin Abenakyo’.

Foto – GREG BAKER / AFP

Selain memberi jawapan yang cukup bernas untuk soalan akhir sehingga berjaya merangkul takhta, apa lagi tentang jelitawan 26 tahun ini menarik untuk kita tahu..

Bidang Perniagaan

Bukan calang-calang, Vanessa merupakan pemegang ijazah dalam Perniagaan Antarabangsa. Dia juga salah seorang Lembaga Pengarah di pusat pemulihan kanak-kanak perempuan.

Seorang Model

Ya. Vanessa ialah pemenang program Mexico’s Next Top Model tahun 2014.

Aktif Bersukan

Bukan setakat muka cantik, bijak pandai tapi Vanessa juga aktif dalam sukan lasak. Gemarkan sukan air seperti scuba diving, volleyball dan juga frisbee.

Amal Kebajikan

No wonder menang Miss World 2018, wanita kurus tinggi ini juga selalu menjadi sukarelawan. Sebagai contoh, dia kini sukarelawan untuk Migrantes en el Camino dan bekerja dengan organisasi yang menyokong orang kurang upaya.

Tahniah Vanessa!

The post Fakta Menarik Tentang Jelitawan Dari Mexico Yang Dinobat “Miss World 2018” appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14546