Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14523

Wanita Sekarang Sanggup Buat Pembedahan Plastik Buang Imej “Resting Bitch Face”

$
0
0

“Resting Bitch Face” atau “RBF” adalah ekspresi wajah yang tidak sengaja muncul, seolah-olah marah, jengkel atau seakan-akan menghina, terutama ketika individu itu sedang bersantai, berehat, mendengar rakan bercerita atau langsung tidak berbuat apa-apa. Ketika sedang gembira, bahagia, sedih, marah, takut, terkejut, jijik dan sebagainya, ekspresinya sama sahaja neutral. Kita yang melihat tidak tahu apa reaksi sebenar individu begini.

Foto – People

Tahukah, kerana itu… sekarang wanita di Amerika Syarikat dilaporkan memilih untuk menjalani pembedahan plastik untuk mengembalikan struktur muka yang normal.

Untuk mendapatkan bentuk muka yang menyenangkan, para doktor melakukan suntikan filler dan sesekali botox di beberapa bahagian di muka. Selalunya memberi tumpuan kepada suntikan muka dan bibir. Setiap pakar mempunyai teknik mereka yang tersendiri, dan bergantung juga kepada pesakit.

Foto – NY Post

“Mereka tidak menggunakan perkataan “resting bitch face”, tetapi bila saya menyebut “RBF”, mereka mengangguknya, ” jelas pakar bedah plastik dan pengarah perubatan AS David Shafer yang mendapat permintaan hampir setiap minggu dari pelbagai kalangan wanita.

Procedure dilaporkan mengambil masa antara 10 hingga 20 minit dan bertahan sehingga dua tahun. Kosnya berkisar antara $500 hingga 5,000, bergantung kepada bilangan suntikan.

Foto – Pinterest

Siapa rasa dia ada sindrom RBF?

The post Wanita Sekarang Sanggup Buat Pembedahan Plastik Buang Imej “Resting Bitch Face” appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14523