Nak jumpa oppa tak?
Meraikan ulang tahun ke-5, Oh!K dan Astro sepakat membawa ahli program I Live Alone, Sung Hoon datang Malaysia Oktober depan.
Sung Hoon Meet & Greet
Akan diadakan pada 19 Oktober 2019 di 1 Utama Shopping Centre dari jam 5 petang ke atas, acara meet-and-greet membolehkan para peminat berinteraksi dengan melakukan beberapa aktiviti seperti pengalaman melakonkan babak k-drama, peluang selfie, hi-touch, signing dan pelbagai lagi.

Aktor berbadan sasa ini mula mencuri tumpuan penonton melalui peranannya dalam drama New Tales of Gisaeng. Lakonan cemerlang membolehkan dia memenangi anugerah Best New Actor pada tahun 2011, dan sejak itu dia telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Best Entertainer Award, Korean Model Star dan beberapa lagi. Kini, Sung Hoon sekali lagi bikin wanita jatuh cinta dengan personaliti bersahajanya dalam program variety ternama Korea, I Live Alone yang disiarkan di Oh!K (Astro Channel 394).
Live di Facebook
Bukan itu sahaja, Sung Hoon juga akan muncul dalam Facebook Live di laman Facebook Oh!K pada hari yang sama kira-kira jam 1 petang, di mana dia akan berkongsi pengalamannya berada di malaysia serta menjawab beberapa soalan dari para peminat.

Barangan Eksklusif Sung Hoon
Lagi yang menarik, 300 pelanggan Astro pertama yang turun ke 1 Utama pada 19 Oktober, dari jam 1 hingga 4,45 petang, dengan bil Astro terkini berpeluang membawa pulang barangan eksklusif edisi terhad Sung Hoon.
Jadi, datang ramai-ramai ke 1 Utama Shopping Centre dan capture moment bersama oppa korang sebanyak mungkin.
The post Aktor Kacak K-Drama Sung Hoon Datang Malaysia Oktober Depan! appeared first on Wanista.com.