Kehidupan yang penuh mencabar, sibuk, moden, cepat, membuatkan kita kadangkala rasa letih. Kita tak dapat mengawal segala yang berlaku dalam kehidupan dan dalam ketidakpastian ini, kita mengalami tekanan yang memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental.
Kebanyakan kita terjejas mental dan emosi akibat tekanan yang mengakibatkan sejumlah simptom yang tidak sihat di dalam diri mengganggu aliran hidup normal kita. Kita kena tahu walau pelbagai cabaran perlu ditempuh, adalah penting bagi kita memahami keadaan minda dan badan. Rehatlah jika badan dan minda tidak boleh meneruskan kerja lagi.

Jika anda mengalami tanda-tanda seperti di bawah, maka anda perlukan rehat yang cukup bagi memulihkan keadaan supaya segar dan bertenaga semula.
Anda cepat rasa meluat dan menjengkelkan
Anda akan terjejas oleh perkara-perkara kecil yang langsung tidak masuk dek akal. Anda merasakan keadaan sekeliling memberi impak negatif. Anda jadi hilang sabar dan mudah mengeluh dengan mudah. Anda rasa tiada harapan dan malas dengan semua keadaan.
Anda sentiasa terlambat
Entah bagaimana, anda seolah-olah kehabisan masa. Bahkan anda tidak mempunyai masa untuk diri sendiri lagi, apatah melakukan hobi kegemaran walau sekadar menonton siri di Netflix. Bila keadaan ini terjadi, pergi ke spa, manjakan diri. Luangkan masa window shopping di ikea atau cari dress baru dan pelbagai lagi aktiviti menarik boleh buat.

Anda sentiasa merasa rendah diri dan kurang motivasi dalam hidup
Anda selalu merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Anda tidak elak daripada berfikir hal itu walhal ia tidak benar sama sekali. Anda telah kehilangan keyakinan dan hidup dan tidak ada yang dapat mendorong anda untuk terus maju. Ingat, percaya dan yakin pada diri sendiri. Jika keadaan tidak berjalan dengan baik seperti yang diinginkan, jangan cepat kecundang. Fikir positif dan usaha lagi!
Anda tidak boleh tidur
Malam lebih sukar daripada biasa. Anda tidak dapat tidur dengan baik tidak kira betapa penat. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh tekanan yang anda alami. Jadi, tidur malam yang cukup sangat penting untuk minda dan badan. Pastikan anda mempunyai pemikiran positif sebelum tidur, segala anasir jahat dan negatif dibuang jauh. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 6-8 jam tidur yang betul untuk mental dan fizikal.

Anda rasa mual dan lesu
Rasa letih, mual dan pening adalah tanda-tanda anda memerlukan rehat dan ia harus menjadi keutamaan. Perkara ini berlaku kerana anda begitu tertekan dan tubuh anda sudah tidak dapat mengawalnya.
Anda kerap mengalami anxiety yang melampau
Anda bimbang tanpa sebab. Ada rasa cemas pada perkara yang kecil. Ya, memang menyakitkan tapi anda tidak perlu mengambil pusing akan perkara itu. Jangan biarkan fikiran negatif menguasai diri dan memberi anda masalah yang lagi besar.

Anda tiada lagi rasa empati
Apa maksud empati yang sebenarnya? Empati ialah daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain.
Sebagai seorang manusia, kita memang saling memerlukan di antara satu sama lain. Jadi, di sini anda tidak rasa perlu bergantung harap dengan sesiapa. Tiada apa-apa yang memberi kesan kepada anda. Anda tidak merasa baik atau buruk. Ia seperti anda hanya badan tanpa sebarang emosi.
Anda menangis tanpa sebab
Anda rasa ingin menangis.. terjadi pada bila-bila masa tanpa sebarang alasan yang jelas. Kenapa? Ini kerana kesakitan yang ada dalam diri anda. Anda terlalu fetih untuk menanggung bahkan meneruskan kehidupan lagi.

Sebaiknya berikan masa untuk diri berehat dan lakukan perkara yang anda suka dan gembira. Be positive! Sayang dirimu!
The post Tanda-Tanda Anda Penat Mental Dan Fizikal appeared first on Wanista.com.