Kecoh khabarnya netizen menemui kembar penyanyi pop popular yang terkenal dengan lagu “Thank you, next” dan “7 Rings”, siapa lagi kalau bukan Ariana Grande!
Sekejap.. itu bukan kembar Ariana tetapi gadis TikTok yang cosplay menjadi Ariana Grande. Siapakah gadis bertuah itu? Dia sebenarnya Paige Niemann dari California berumur 15 tahun. Dirinya 100% sama sehinggakan Ariana sendiri notis dan ‘terkejut beruk’ melihatnya.
Miliki 1.7 Pengikut TikTok
Menurut Paige, ramai orang memberitahu dia mirip Ariana Grande sejak mula-mula membuka akaun tiktok lagi. Tetapi selepas dia mula meniru penampilan dan watak penyanyi kegemarannya itu, memuat naik video di TikTok, dia telah mendapat lebih sejuta pengikut.
Dan paling berharga apabila Ariana Grande sendiri perasan akan kehadirannya melalui satu video TikTok – di mana dia berpakaian dan mekap persis Ariana, dengan signature rambut ‘high ponytail’.
Pada Paige, diperhati oleh Ariana adalah satu kejutan besar buatnya, terutamanya dia adalah peminat Ariana sejak mula lagi. Di tiktok sendiri, anda boleh lihat Paige dalam bilik yang dikelilingi oleh poster bintang pop genit itu.
“Saya sangat terkejut bila dia melihat saya. Saya gementar, suka dan sangat gembira,” jelas Paige pada Teen Vogue.
Belajar Mekap Secara Online
Jujurnya, 100% sama adalah sangat mustahil. Bayangkan warna rambut, gaya rambut, solekan, bentuk alis, cara bercakap, memek muka, malah kedudukan gigi juga sama. Sebenarnya Paige bermula di usia 12 tahun lagi, di mana dia berkongsi selfie dan menyertai Musical.lys dengan berpakaian sebagai Ariana.
Untuk menyempurnakan penampilannya, Paige mengikuti tutorial mekap secara online. Dari sana, ia mengambil masa kira-kira satu jam untuk melakukan rambut, mekap malah filem di Tiktok. Paige memberitahu dia langsung tidak menyunting fotonya di Instagram untuk kelihatan seperti Ariana, itulah dirinya – siapa sangka bertapa samanya mereka berdua.
Untuk pengetahuan semua, Paige juga darah keturunan separuh Sicilian dan separuh Jerman, manakala Ariana sendiri adalah separuh Sicilian dan separuh Abruzzese.
Ini Ariana Grande Yang Sebenar
Seriously kalau berdiri sebelah-sebelah, tak tahu yang mana satu Ariana Grande sebenar atau cosplay. Hebat Paige tiru from head to toe!
Kalau anda ada bakat mekap, nak tiru jadi siapa?
The post Paige Niemann, Gadis TikTok Yang 100% Iras Ariana Grande appeared first on Wanista.com.