Aktres hebat Jun Ji-Hyun dilaporkan bakal menyertai drama zombi Netflix, Kingdom!
Menurut laporan media Korea, Jun Ji-Hyun akan tampil di penghabisan musim kedua dengan peranan lebih mencabar dan kritikal, sebelum menjadi tumpuan utama di musim ketiga.
Penampilan Ji-Hyun dalam siri ini juga menjadi rahsia besar produksi Netflix, malah dia melakukan penggambaran secara berasingan selepas pelakon lain menyelesaikan bahagian mereka.

Agensi Ji-Hyun, Culture Depot juga mengesahkan khabar angin tersebut;
“Benar Ji-Hyun akan mengambil bahagian dalam penggambaran Kingdom musim kedua. Walaubagaimanapun, kami tidak boleh memberi info lebih lanjut tentang drama itu. Kami harap anda memahaminya.”
Selepas drama Legend of the Blue Sea tahun 2017, ini merupakan penampilan pertama Jun Ji-Hyun sejak melahirkan anak kedua pada bulan Januari 2018.

Kingdom mendapat sambutan luar biasa serata dunia sejak ditayangkan di Netflix awal tahun ini. Berdasarkan komik web, Kingdom of the Gods yang ditulis oleh Kim-Eun Hee menterjemahkan zaman Joseon (abad pertengahan) Korea, menceritakan putera mahkota mengetuai misi untuk menyiasat wabak hitam yang telah menghancurkan negaranya. Wabak hitam tersebut memakan penduduk sehingga menjadi zombi.
Kingdom yang dibintangi oleh Ju Ji-hoon, Ryu Seung-ryong, dan Bae Doona akan muncul dengan musim kedua pada Mac 2020.
The post Sah Aktres Jun Ji-Hyun Sertai Drama Netflix Kingdom 2! appeared first on Wanista.com.