Pada penghujung tahun 2019 ini, peminat di kejutkan dengan berita kematian artis popular seperti Sulli dan Goo Hara. Perkara yang sama di lalui oleh kedua-dua artis ini adalah gangguan mental dan tekanan yang di hadapi.
Berita kematian kedua-dua artis muda ini memberi impak yang luar biasa terhadap ramai artis-artis Korea Selatan yang lain, antaranya adalah Hyuna yang kini mula membuka cerita tentang isu kesihatan dihadapinya selama ini.
Hyuna, idol popular dari Korea Selatan ini berkongsi tentang kesihatan dirinya di akaun Instagram miliknya pada hari khamis, 28 November 2019 baru-baru ini.
Penyanyi dari bekas kumpulan Wonder Girl dan 4Minute ini telah meluahkan tahap kesihatan dirinya yang sebenar dan mahu seluruh dunia terutama peminat, penaja produk dan pihak penganjur program dapat menerima keadaan dirinya yang sebenar.
Mula Jatuh Sakit Pada 2016
Menerusi perkongsian Hyuna di akaun Instagramnya, Hyuna mula diagnos mengalami depresi dan anxiety pada tahun 2016. Hyuna mengambil masa setahun untuk menerima penyakit hakikat bahawa dirinya menghidapi penyakit mental.
Hyuna mula menerima rawatan dua minggu sekali. Meskipun mengetahui tahap kesihatannya begitu, ia tidak mematahkan semangat Hyuna kerana dirinya di sekelilingi dengan ramai orang.
Kesihatan Semakin Teruk, Diagnos Hidap Vasovagal Syncope

Hyuna meneruskan kerjayanya seperti biasa, malah berkerja lebih kuat dan akhirnya Hyuna penglihatan Hyuna mula menjadi kabur dan pengsan. Pada awalnya Hyuna berfikir ia mungkin adalah gejala gangguan panik dan lalu bertindak untuk menghiraukannya.
Tetapi doktor menasihati dirinya untuk melakukan ujian di hospital universiti. Menerusi ujian yang dilakukan ke atas gelombang otak Hyuna, pihak hospital mendapati Hyuna menghidap Vasovagal Syncope di mana ia akan menyebabkan pesakit pengsan apabila tubuh badan bertindak balas kerana mengalami gangguan tekanan emosi.
Risau Kesihatan Diri Menjejaskan Kerjaya

Hyuna berdiamkan diri tentang masalah kesihatan yang dihadapinya, berasa risau jika dirinya kerap jatuh sakit dan tiada pihak yang mahu mengambil dirinya untuk membuat persembahan.
Hyuna yang sangat menyukai bidang kerjanya, mahu berdiri di atas pentas dan menghiburkan peminat. Justeru itu, Hyuna membuat keputusan untuk mendiamkan diri.
Mula Jujur Tentang Kesihatan Diri

Pada 28 November 2019, Hyuna akhirnya mula membuat luahan diri dan akui tentang masalah kesihatan yang dihadapi. Hyuna mahu menyimpan rahsia tentang kesihatannya untuk jangka masa yang lama.
Tetapi disebabkan itu juga, dirinya diserang penyakit panik. Apabila Hyuna melakukan kerja pengiklanan, persembahan program atau sesuatu pada jadual kerjanya, dirinya berasa bersalah terhadap orang-orang yang mempercayai dirinya.
Dan untuk menghilangkan rasa yang dialami, Hyuna membuat keputusan untuk meluahkan semuanya serta memberanikan diri untuk jadi lebih jujur terhadap penyakit yang dialami.
“Apa khabar semua, kepada peminat dan juga kepada ramai orang yang menyukai diri saya dan yang berminat terhadap diri saya.
Saya sebenarnya tidak pasti sama ada keputusan yang saya buat ini betul atau tidak. Tetapi di sebabkan ia adalah keputusan yang saya buat selepas berfikir secara mendalam, jadi saya akan berkongsi tentang kisah saya.
Sejujurnya, sejak kecil lagi saya mempunyai impian untuk berdiri di atas pentas dan kini saya berjaya mengecapi impian tersebut dan saya menerima banyak kasih sayang dari ramai orang, lebih dari apa yang saya bayangkan.
Mungkin di sebabkan saya berfikir, saya mempunyai banyak peluang semenjak dari kecil lagi, saya sentiasa berasa bersyukur dan sejujurnya berasa teruja serta dalam masa yang saya berasa bersalah.
Masa berlalu dengan pantas dan selepas saya mula debut dan menjadi dewasa, saya berfikir saya perlu bertanggungjawab terhadap semua tindakan yang saya lakukan. Saya berfikir, saya tidak seharusnya membuat kesilapan dan saya mahu menjadi seseorang yang semua orang suka.
Di sebabkan cita-cita tersebut, saya memandang kehadapan dan terus berlari. Saya tidak sedar yang diri saya sakit kerana dengan adanya peminat dan orang-orang yang hebat sentiasa di samping saya. Saya berfikir yang diri saya okay.
Tetapi setelah pertama kali ke hospital pada 2016 dan mengetahui bahawa diri saya mempunyai gangguan mental.
Seperti mana jika tubuh badan sakit, kita akan mengambil ubat dan saya seseorang yang sangat kuat, jadi ianya sukar bagi saya untuk mempercayai bahawa diri saya di diagnosis dan menghadapi depresi dan gangguan panik.
Saya mengambil masa setahun untuk menerima hakikat ini.
Sekarang, saya menerima rawatan dua minggu sekali dan saya cuba untuk tidak berfikir secara negatif tentang penyakit yang di alami kerana diri saya dikelilingi dengan ramai orang.
Apabila pertama kali penglihatan saya mula kabur dan jatuh pengsan. Banyak kali saya berfikir ia mungkin petanda gangguan panik dan cuba untuk menghiraukannya. Tetapi doktor menasihatkan saya untuk membuat ujian di hospital universiti.
Saya membuat ujian gelombang otak dan mendapati diri saya menghidapi Vasovagal Syncope. Saya menjadi hilang arah dan ianya seperti saya tiada pilihan lain.
Saya ingin terus berada di atas pentas tetapi saya risau jika saya kerap jatuh sakit dan orang tahu yang diri saya sakit, pasti tiada orang yang mahu memanggil saya untuk membuat persembahan lagi.
Oleh kerana saya berasa risau tentang hal tersebut, saya tidak mahu memberitahu kepada sesiapa. Saya mahu menyimpan rahsia ini untuk jangka masa yang lama tetapi apabila saya jatuh sakit saya berasa bersalah dan panik.
Apabila saya melakukan kerja untuk pengiklanan, membuat persembahan di majlis atau sesuatu dalam jadual kerja sama, saya berasa bersalah terhadap orang-orang yang mempercayai diri saya.
Jadi saya ingin melegakan perasaan bersalah tersebut dengan memberanikan diri untuk berkongsi tentang ini.
Dan sebab itu saya bercakap mengenai ini secara jujur. Saya mahu terus menjadi berani dengan menjadi lebih baik tetapi saya berfikir tiada manusia yang sempurna.
Saya berfikir ianya tidak terlalu lambat dan saya akan menyayangi diri saya dan menjaga diri saya. Saya akan menjadi lebih berani dan jujur seperti mana diri saya yang sekarang.
Terima kasih banyak kerana sudi membaca” – Hyuna.
Semoga Hyuna pulih seperti sedia kala dan akan lebih ramai lagi yang mengambil berat betapa pentingnya isu kesihatan mental.
The post Hyuna Akui Menderita Depresi, Gangguan Panik Dan Vasovagal Syncope appeared first on Wanista.com.