Pernah lihat wanita di atas ini?
Baiklah, penulis pertama kali melihatnya ketika dia berlakon dalam drama popular Hero Seorang Cinderella bersama Fazura dan Fattah Amin. Rasanya populariti wanita cantik ini mula naik menerusi drama popular itu dan seterusnya filem Paskal dan drama Alamatnya Cinta. Ada yang ikuti perjalanan karier Jasmine Suraya?

Fesyen Seksi Kena Kecam
Disebabkan tertarik dengan rupa parasnya yang cantik menawan, mulalah geledah laman media sosial Instagram, ternyata wanita ini bukan calang-calang dari segi fesyen dan gaya hidupnya yang agak kebaratan.
Acapkali dikecam netizen kerana berpakaian seksi yang mencolok mata, wanita 30 tahun ini menjelaskan dia bukanlah beragama Islam.
Walau teruk dikecam netizen, Jasmine Suraya mempertahankan tindakannya memuat naik gambar seperti biasa kerana itu adalah kehidupan peribadinya.
Bukan Islam
“Saya tidak salahkan mereka malah saya balas balik komen dengan baik dan beritahu saya bukan Melayu. Saya juga minta maaf sekiranya cara berpakaian saya membuatkan mereka berasa tidak selesa. Pandangan dan komen yang dilontarkan itu amat saya hargai kerana ia bermakna mereka mengikuti perkembangan dan mahu saya jadi insan terbaik, ” jelasnya dalam temu ramah bersama Harian Metro.
Asal Usul
Untuk pengetahuan anda, Jasmine Suraya atau nama panjangnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei berketurunan Cina yang berasal dari Kuching, Sarawak. Nama ‘Jasmine Suraya’ diberi kerana nama ‘Suraya’ ialah nama rakan karib ibunya ketika mereka belajar bersama di universiti luar negara.
Mungkin kerana itu ramai yang keliru, lagi pula kefasihannya berbahasa Melayu menyebabkan ramai tidak percaya bila dia memberitahu sendiri dirinya bukanlah Islam.
Sabarlah Jasmine Suraya. Kata public figure, memang itulah lumrah hidupnya, ada sahaja komen negatif dan ketidakpuasan hati. Diharap Jasmine tidak ambil peduli dan terus berjaya dalam industri hiburan ini.
All The Best!
The post Siapa Jasmine Suraya, Aktres Cantik Kena Kecam Sebab Fesyen Mencolok Mata appeared first on Wanista.com.