Model yang dilucutkan gelarannya dalam pertandingan Miss World telah mengambil pendekatan membawa kes ke mahkamah selepas berlaku diskriminasi terhadap dirinya.
Veronika Didusenko, 24, model profesional, dinobatkan Miss Ukraine 2018, telah dilucutkan haknya empat hari selepas pertandingan apabila penganjur mendapati dia sudah mempunyai anak.
Mengikut peraturan, yang Didusenko mengaku dia telah baca – wanita yang mempunyai anak dilarang mengambil bahagian dalam pertandingan Miss World.
“Menjadi ibu tidak mempunyai sebarang kesan ke atas kemampuan saya untuk menjadi profesional atau menjadi model yang berjaya atau menjalankan tugas seperti biasa, ” jelasnya.
Wanita Bergelar ‘Ibu’ Dilarang Sertai Ratu Cantik
Dalam kenyataan pengarah Miss England suatu masa dahulu, ia akan menjadi terlalu sukar bagi seorang ibi untuk melaksanakan tugas yang dikehendaki oleh Miss World.
“Ia sama sekali tidak adil terhadap anak dan keluarganya untuk mengambil si ibu yang terpaksa mengembara dunia bagi melakukan tugasan.
“Ia akan menimbulkan isu tentang siapa yang akan menjaga anak-anak mereka dan sebagainya, lagi pula jika si ‘ibu’ dinobatkan sebagai pemenang, ” kata pengarah Miss England Angie Beasley.
Namun, Didusenko berkata, anaknya yang berusia lima tahun itu sudah biasa mengikutinya ke tempat kerja, jadi ia langsung tidak mengundang sebarang masalah.
Didusenko merasakan perlucutan gelaran adalah satu penghinaan buat dirinya, di samping menambah penolakan Miss World terhadap para ibu yang mahu memasuki pertandingan satu diskriminasi.
The post Kerana Status ‘Ibu’, Miss World Lucutkan Gelaran Miss Ukraine appeared first on Wanista.com.