Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14511

Produk Tenusu Punca Jerawat ‘Hinggap’ Di Muka, Betul Ke?

$
0
0

Apa kaitan antara produk tenusu dan jerawat kepada wanita, sering kali kita mendengar keluhan para wanita tentang wajah mereka di tumbuhi jerawat selepas makan makanan dari produk tenusu. Tetapi adakah keluhan yang dinyatakan itu benar, atau sekadar cakap-cakap biasa sahaja.

Masalah jerawat di wajah merupakan masalah kulit yang sering berlaku ke atas wanita dalam semua peringkat umur. Bayangkan dianggarkan lebih kurang 50 juta individu menghadapi masalah kulit berjerawat saban tahun di Amerika Syarikat.

Foto – theclinic.it

Itu baru saja anggaran individu di Amerika Syarikat, yang memiliki masalah kulit berjerawat dan belum lagi anggaran di negara-negara lain yang sudah tentunya jauh lebih banyak. Masalah kulit berjerawat ini boleh berlaku kerana pelbagai faktor atau sebab dan salah satu darinya adalah kerana alahan terhadap produk tenusu.

Pakar Bukti Produk Tenusu Boleh Menyebabkan Jerawat

Foto -agriland.co.uk

Kebanyakan bukti yang didapati menerusi kajian yang dijalankan, jerawat boleh di stimulasi kerana alahan terhadap produk tenusu. Kini para pengkaji sedang mencari mengapa tenusu boleh menyebabkan masalah kulit ini berlaku.

Seperti yang sedia maklum, lembu yang menghasilkan susu di rawat bersama hormon buatan yang mana memberi kesan terhadap susu yang dihasilkan.

Menurut para pengkaji, hormon buatan tersebut mungkin penyebab mengapa hormon dalam tubuh kucar kacir apabila kita minum produk susu tersebut dan sekaligus mencetuskan masalah jerawat.

Foto – Verified Forskolin Extract

Satu lagi teori adalah pertumbuhan hormon yang terdapat dalam susu tersebut sememangnya mencetuskan masalah jerawat pada wajah.

Selain itu, ada juga teori yang menyatakan bahawa produk susu yang di campur bersama sumber makanan berkualiti tinggi bersama gula yang di proses akan menyebabkan gangguan tahap insulin dan menyebabkan jerawat mula tumbuh.

Tetapi anda jangan khuatir kerana bukan semua produk tenusu merangsang masalah jerawat pada kulit.

Ketahui Bagaimana Produk Tenusu Beri Kesan Ke Atas kulit

Foto – adv-bio.com

Lembu menghasilkan susu untuk memberi makan kepada anak lembu dan sekaligus membantu pertumbuhan kepada anak lembu tersebut. Menariknya protein yang terkandung di dalam susu lembu tersebut merangsang pertumbuhan serta hormon di dalam anak lembu.

Kini poduk susu tersebut di minum oleh manusia, rasanya tidak mustahil sang jerawat asyik muncul di kulit wajah saja kan?

Foto – Fonterra

Apabila manusia cuba menghadam protein yang terdapat dalam susu, ia akan melepaskan hormon yang serupa dengan insulin yang dikenali sebagai IGF-1. Hormon ini adalah pencetus atau punca berlakunya masalah jerawat.

Kadang kala hormon yang terdapat dalam susu akan berinteraksi bersama hormon diri kita, lalu membuatkan tubuh keliru dan memberi isyarat masalah kulit.

Tahu tak selepas diri kita melepasi fasa bayi, tubuh kita akan menjadi lebih sukar untuk menghadam laktosa yang merupakan gula semula jadi yang terdapat dalam susu. Oleh itu, tidak hairanlah jika kulit wajah di tumbuhi jerawat kerana sensitiviti laktosa atau reaksi alahan.

Tips Atasi Masalah Jerawat Di Wajah

Foto – Active Vegan

Jika kamu mengalami masalah jerawat, ada beberapa langkah atau tips yang boleh dilakukan bagi melegakan jerawat di wajah. Antaranya adalah:

  • Cari Rawatan Wajah – Cari rawatan yang mengandungi salicylic acid atau alpha hydroxy acid. Bahan-bahan ini dapat membuka liang pori.
  • Elak Guna Produk Berasaskan Minyak – Elak menggunakan produk pencuci dan kecantikan wajah sementara menunggu masalah jerawat reda. Sebaik-baiknya gunalah produk berasaskan air atau bebas minyak bagi kulit berjerawat. Cuba kekalkan wajah agar sentiasa bersih dan keringkan wajah supaya liang pori dapat bernafas.
  • Cuba Rawatan Minyak Pati Topikal – Antara minyak pati topikal yang sesuai merawat masalah jerawat adalah minyak kelapa, kerana ia bertindak sebagai anti-keradangan dan antimikrobial. Untuk penangan yang lebih kuat, tambahkan juga beberapa titik tea tree, oren, basil, kulit kayu manis atau minyak ros bagi melawan jerawat.
  • Jangan Picit Jerawat – Nasihat ini sudah acap kali di ulang-ulang, janganlah sesekali memicit jerawat kerana ia akan menyebabkan lebih banyak bakteria masuk ke dalam kulit yang telah pecah tersebut. Serta ia juga akan menjadikan masalah jerawat berlarutan. Oleh itu, kita perlu menanti dengan sabar untuk kulit sembuh.

Ketahui Penyebab Lain Jerawat Tumbuh

Foto – Plant Based News

Untuk mengetahui jika diri mengalami masalah jerawat apabila makan produk tenusu, jadi keluarkan produk tenusu dari senarai diet pemakanan harian. Dengan mengeluarkan menu tenusu dari senarai pemakanan, kamu dapat melihat sendiri bagaimana kesan atau tindak balas kulit apabila makan produk tenusu dan sebaliknya.

Jika kamu dapati produk tenusu tidak menyebabkan kulit berjerawat, mungkin kulit kamu mempunyai alahan terdapat bahan yang terkandung dalam produk makeup atau rambut yang menyebabkan kulit berjerawat.

Foto – The Active Times

 

Kamu juga harus peka terhadap tahap sensitiviti bahan seperti serbuk koko dan biji kopi kerana ia juga boleh menyebabkan kulit mengalami alahan.

Selain itu, tahap kandungan hormon semasa dan selepas bersalin serta sebelum dan selepas kitaran haid juga boleh mencetuskan masalah jerawat. Bukan itu saja, tekanan juga menyumbang pembentukan jerawat pada kulit.

Tahu tak yang sebenarnya masalah kulit berjerawat ini juga boleh di warisi apabila menghadapi komponen genetik yang terdapat dalam kalangan ahli keluarga.

Cegah Jerawat Menerusi Diet Pemakanan Sihat

Foto – bewellconsulting.com

Meskipun banyak kajian yang menyatakan produk tenusu menyebabkan jerawat pada kulit, tetapi bukan semua orang mengalami masalah yang sama kerana masing-masing memiliki kulit yang berbeza.

Jika kamu memiliki masalah kulit berjerawat yang sangat teruk, di sarankan untuk berjumpa dengan doktor atau ahli dermatologi bagi mencari rawatan yang sesuai dan kamu juga boleh berbincang dengan doktor mengenai pengambilan produk tenusu dan jerawat dalam menu diet harian.

Selain itu, masalah jerawat juga boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan diri, oleh itu buat pemeriksaan di horpital bagi mengetahui tahap kesihatan diri.

Untuk mencegah masalah kulit berjerawat, di galakan untuk menjaga diet pemakanan yang sihat seperti banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran serta banyakkan minum air kosong.

Lawan jerawat dengan diet pemakanan yang sihat!

Rujukan: 1, 2, 3,

The post Produk Tenusu Punca Jerawat ‘Hinggap’ Di Muka, Betul Ke? appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14511