Disney bakal menyajikan penonton dengan filem remake Mulan versi Live-Action di panggung wayang pada bulan Mac tahun hadapan. Melihat trailer live-action Mulan yang epik memberikan jangkaan dan gambaran bahawa filem tersebut bakal membuatkan kita semua tidak akan rugi menontonnya.
Filem Mulan versi live-action ini di adaptasi menerusi filem animasi Mulan yang di keluarkan Disney pada tahun 1998. Menariknya filem versi live-action ini mengandungi elemen-elemen yang serupa dengan filem siri animasi yang di keluarkan pada tahun 1998 tersebut.

Apa Yang Patut Dijangka Ada Dalam Mulan Versi Live-Action?
Rata-rata peminat siri filem Mulan versi animasi pastinya berharap bahawa jalan cerita versi live-action ini bakal menyajikan babak dan jalan cerita yang sama seperti versi animasi. Nampaknya harapan tersebut bakal di penuhi dengan menerusi trailer filem Mulan versi live-action yang terbaru.
Filem Mulan versi live-action pastinya tidak mengecewakan peminat, kerana jalan cerita dan babak yang serupa seperti versi animasi akan membuatkan penonton teruja! Berikut adalah beberapa babak yang serupa dengan versi animasi.
#1 Babak Pakai Gincu
Versi Animasi

Versi Aksi Sebenar

#2 Refleksi Diri Pada Permukaan Pedang
Versi Animasi

Versi Aksi Sebenar

#3 Babak Berlawan Bersama Pedang
Versi Animasi

Versi Aksi Sebenar

Gandingan Para Pelakon Yang Berbakat!
Filem remake Disney ini menghimpunkan barisan para pelakon tersohor dan berbakat besar dalam industri lakonan. Menerusi barisan para pelakon yang hebat-hebat belaka ini, pastinya akan membuat ke seluruhan jalan cerita berada di tahap yang lebih tinggi lagi.
Antara barisan pelakon yang membintangi filem Mulan versi aksi sebenar ini adalah:
- Liu Yifei sebagai Mulan
- Donnie Yen sebagai Komander Tung
- Gong Li sebagai Xianniang (ahli sihir jahat)
- Jason Scott Lee sebagai Bori Khan (ketua musuh)
- Jet Li sebagai Majaraja China
- Tzi Ma sebagai Ayah Mulan
- Yoson An sebagai Chen Honghui (musuh cinta)
Beberapa watak baru dan lama di adun dalam filem Mulan versi aksi sebenar ini akan membuatkan penonton jadi tidak sabar untuk menonton ke seluruhan filem Mulan pada tahun hadapan!
Sinopsis Mulan Dan Trailer Terbaru Yang Epik!
Apabila Maharaja China menurunkan perintah setiap orang lelaki dalam satu kelaurga wajib berkhidmat sebagai tentera diraja untuk melindungi negara dari penceroboh Utara. Hua Mulan yang merupakan anak perempuan kepada pahlawan membuat keputusan untuk mengambil tempat ayahnya dengan menjadi tentera.
Ikuti perjalanan Hua Mulan sebagai seorang tentera bertukar menjadi seorang pahlawan yang di segani!
Filem Mulan versi aksi sebenar ini akan mula di tayangkan di panggung wayang pada 27 Mac 2020 nanti. Nantikan filem epik ini pada tahun hadapan!
The post Trailer Mulan Versi Live-Action Terbaru, Bakal ‘Hidangkan’ Kisah Epik Gempak! appeared first on Wanista.com.