Nama Lizzo nampaknya tidak berhenti menjadi bualan mulut netizen apabila dirinya di kritik hebat kerana berpakaian gaun ass-less yang menampakkan punggung semasa menghadiri perlawanan permainan NBA di Los Angeles baru-baru ini.
Lizzo yang berpakaian mencolok mata di semasa berada di acara tersebut mendapat kritikan ramai di Twitter kerana berfesyen tidak kena tempat. Tambahan lagi, terdapat ramai kanak-kanak yang melihat perlawanan tersebut dan ia di kira sebagai acara keluarga.

Bukan saja gaun yang di pakai Lizzo tidak kena tempat malah, dirinya di lihat sakan menari sambil menayangkan punggung.
Fesyen Di Kritik
Rata-rata netizen tidak menyukai fesyen yang digayakan oleh Lizzo kerana memberi imej buruk kepada kanak-kanak yang turut melihat perlawanan tersebut.
Lizzo mengenakan gaun ass-less semasa menonton perlawanan NBA, pilihan fesyen Lizzo memang berani!
Lizzo di lihat sakan menari dan pastinya pakaian yang di pakai mencuri perhatian ramai!
Berpakaian Seksi Sebab Nak Pikat Someone?
Semasa waktu rehat perlawanan NBA tersebut, Lizzo di lihat di wawancara oleh seorang pengacara dan dalam masa sedang sibuk di temubual, Lizzo tanpa segan silu di lihat cuba menggoda salah seorang pemain iaitu Karl Anthony Towns yang merupakan pemain dari Minnesota Timberwolves.
Kalau di lihat dari pemilihan pakaian serta tingkah laku Lizzo, ia telah melanggar peraturan kod peminat rasmi NBA.
“Tetamu yang ingin menikmati perlawanan bola keranjang harus bebas dari melakukan tingkah laku, menggunakan bahasa dan isyarat yang tidak senonoh“
Menurut MTO News, perkara tersebut telah sampai ke pengetahuan pihak NBA tapi sampai sekarang tiada tindakan yang di ambil. Banyak betul kontroversi si Lizzo ni ya.
The post Fesyen Ass-less Lizzo Tak Kena Tempat? appeared first on Wanista.com.