Gadis Paris atau Wanita Perancis memang terkenal dengan kecantikannya yang klasik.
Bahkan beberapa mereka kelihatan bertambah cantik seiring dengan usia yang terus bertambah. Mereka juga terkenal dengan kecantikan yang terpancar semula jadi tanpa memerlukan solekan tebal. Mereka sukakan perumpaan “less is more”, dan menolak gaya yang berlebihan, senang cerita mereka sangat basic!
Baca : 5 Perkara Wanita Perancis Lakukan Untuk Nampak Cantik Berseri
Bukan sahaja kecantikan wajah tetapi stail berpakaian juga memukau orang yang melihat, malah dijadikan trend. Penulis ambil sosialit Jeanne Damas sebagai contoh kerana dia merupakan gadis Paris yang sangat tegar.
#1 Seluar Jenis High-Waisted

Asas utama fesyen Paris! Sama ada jenis flare, straight cut atau mungkin skinny, potongan dari ukuran tanda pusat jadi pilihan mereka.
#2 Boot Paras Buku Lali

Pilih boot paras buku lali dari rona natural – hitam, coklat atau putih.
#4 Baju Berjalur

Mungkin anda merasakan ia sangat klise, tetapi gadis Paris benar-benar sukakan jalur. Sama ada baju tee biasa atau sweater, jalur sentiasa dalam koleksi peribadi.
#5 Flat

Selesa, praktikal dan sangat chic melengkapkan hari anda!
#6 Trench Coat

Apa item yang anda nampak dalam setiap wardrobe gadis Paris? Semestinya trench coat, sesuai dengan cuaca Paris yang tidak dapat diramal.
Baca : Aura Elegen “Trench Coat”, Lihat Kenapa Ramai Wanita Berstatus Gemar Memakainya
#7 Cardigan

Teknik layering yang gadis Paris suka sangat.
#8 Kemeja/Blouse Putih

Jika dalam dilema, gadis Paris senang menyarung kemeja atau blouse rona putih. Pada mereka, putih item fesyen yang timeless!
#9 Blazer

Staple terbaik untuk melengkapkan gaya kasual gadis Paris!
#10 Bra Jenis Lace

Katanya bra dari fabrik lace bukan sahaja memberi impak seksi malah keselesaan juga. Lagi satu, mereka sangat bencikan bra jenis push-up, mereka sangat hargai saiz payudara – kecil atau besar.
Memang sangat basic tetapi rata-rata gadis Paris menyukainya.
The post 10 Item Paling Boring Kena Ada Kalau Kamu Suka Fesyen ‘Gadis Paris’ appeared first on Wanista.com.