Ikan antara menu makanan harian kita semua, rasa ikan yang lembut dan enak membuatkan siapa saja akan terliur melihat pelbagai jenis masakan yang berasaskan ikan. Tetapi lain pula ceritanya jika ikan yang beracun dijadikan hidangan istimewa untuk di makan!
Siapa yang tidak tahu di Jepun, ikan fugu merupakan makanan istimewa buat mereka. Sudahlah ikan tersebut beracun, harganya pula sangatlah mahal tapi kenapa orang Jepun ini sanggup dan berani makan ikan fugu. Mereka tak takut ke jika termakan bahagian yang beracun tu.
Punya Nilai Yang Tersendiri

Semua jenis ikan fugu mempunyai kandungan racun yang tersendiri, salah satu jenis ikan fugu yang mempunyai kandungan racun yang tinggi dikenali sebagai ikan torafugu atau ikan buntal harimau.
Ikan torafugu liar ini sering ditemui di restoran-restoran mewah Jepun, yang mana ikan tersebut dihidangkan dengan cara dihiris nipis sebagai sashimi.
Bagi orang Jepun ikan fugu yang beracun ini mempunyai nilai yang tinggi dan rasa isi ikan yang sangat enak menjadikan ia hidangan yang ezotik.
Chef Jalani Latihan Seni Penyediaan Ikan Fugu Selama 10 Tahun

Orang Jepun berani makan ikan fugu adalah kerana chef atau tukang masak yang menyediakan ikan tersebut telah menjalani latihan seni penyediaan ikan fugu tujuh hingga sepuluh tahun.
Jadi semua tukang masak yang menghidangkan menu ikan fugu ini adalah orang yang pakar dan boleh dipercayai.
Setiap ikan yang disiang seratus peratus bebas racun, kebanyakan isinya boleh di makan kecuali bahagian insang, kepala, gigi, pipi dan permukaan kulit ikan fugu yang mesti dikikis dengan menggunakan alat khas.
Kawalan Lesen Yang Ketat

Bukan saja tukang masak perlu jalani latihan penyediaan sehingga 10 tahun lamanya, malah kerajaan Jepun juga mempunyai kawalan lesen yang ketat. Untuk mendapatkan lesen dari kerajaan, tukang masak perlu lulus peperiksaan lesen buntal yang mana ia melibatkan ujian bertulis dan praktikal tentang bagaimana memisahkan bahagian beracun agar selamat di makan.
Ada tukang masak dapat lesen tersebut selepas lima tahun, jadi bukan mudah untuk kerajaan Jepun meluluskan lesen tukang masak yang menduduki peperiksaan lesen buntal tersebut.
Bagi tukang masak yang berjaya dapatkan lesen tersebut boleh menghidangkan menu ikan fugu kepada pelanggan. Jadi sebab itu, orang Jepun berani makan ikan buntal beracun ni kerana bukan senang chef nak dapat lesen kelulusan dari kerajaan mereka.
Sudah Sebati Dalam Budaya Jepun

Seorang penyair Jepun terkenal Yosa no Buson, menulis haiku (sajak) mengenai ikan fugu
Aku tidak dapat melihat dia malam ini
Aku harus lepaskan dia
Jadi aku akan makan fugu
Rakyat Jepun telah mula makan ikan fugu sejak berkurun yang lalu. Semasa zaman Edo iaitu di bawah pemerintahan Tokugawa Shogunate (1603-1868), rakyat telah mula makan ikan fugu tetapi tidak lama kemudian ikan fugu di ban dan rakyat tidak boleh makan ikan tersebut.
Tapi selepas pemerintahan Tokugawa mula lemah, rakyat Jepun kembali makan ikan fugu tersebut. Jadi memang dah berabad lagi orang Jepun makan ikan fugu ni dan telah menjadi sebati dalam budaya orang Jepun.
Jadi tidak hairanlah orang Jepun je yang berani makan ikan fugu ni kerana di negara mereka sahaja yang kawal ketat cara penyediaan ikan fugu dan tukang masak pula perlu berlatih bertahun-tahun serta nak lulus peperiksaan lesen fugu pun bukan senang.
The post Orang Jepun Je Yang Berani Makan Ikan Fugu Beracun appeared first on Wanista.com.