Nike menembusi pasaran pakaian renang untuk wanita Muslim apabila Nike Pro Hijabi mendapat sambutan dan kejayaan luar biasa di seluruh dunia. Kini Nike sekali lagi tampil memperkenalkan koleksi pakaian renang patuh syariah yang terbaru khas untuk wanita Muslim di seluruh dunia.
Koleksi pakaian renang terbaru ini di kenali sebagai Nike Victory Swim Collection yang mana ia menampilkan seluar legging, baju renang dan juga tudung yang semuanya adalah kalis air.

Apa yang menarik tentang koleksi pakaian renang patuh syariah yang terbaru ini adalah, kempen ini menampilkan empat model wanita Muslim dari serata dunia dan salah satunya adalah dari Malaysia!
Arinna Erin Wira yang merupakan graduan di Brunel University London dalam jurusan Masters of Science in Business Intelligence and Social Media ini, telah dipilih menjadi model Nike bagi koleksi pakaian renang patuh syariah yang terbaru.
Kejayaan Arinna menjadi salah seorang model bagi kempen untuk koleksi pakaian renang muslimah Nike yang terbaru ini mencuri tumpuan ramai terutamanya rakyat Malaysia. Arinna kini berada di bawah syarikat BAME Models yang mana ia sebuah syarikat agensi model di United Kingdom yang menjaga model dari latar belakang luar Eropah.
Rakyat Bangga Dengan Arinna

Menerusi pelancaran koleksi pakaian renang patuh syariah yang dihasilkan oleh Nike ke pasaran dunia, secara tidak langsung mengangkat martabat wanita muslim di mata dunia.
Melihat kejayaan Arinna yang terpilih menjadi model untuk pakaian renang patuh syariah, rata-rata ramai rakyat Malaysia memberi komen yang positif dan berasa bangga terhadap pencapaian Arinna.
Siapa yang tidak berasa bangga apabila melihat kejayaan wanita Malaysia menempa nama di luar negara bukan.
Pernah Tersenarai Dalam 50 Wanita Cantik Majalah FEMALE
Rupa-rupanya Arinna juga pernah tersenarai di dalam 50 Wanita Cantik pada tahun 2017 dalam majalah FEMALE. Arinna yang memiliki warna kulit hitam manis ini memiliki daya tarikan yang tersendiri, tambahan lagi, diri juga terkenal sebagai influencer serta model menjadikan ia merit bernilai buat Arinna.
Melihat kejayaan anak muda Malaysia menempa nama di luar negara sekaligus membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga mampu berjaya di negara luar dan memberi sumber inspirasi kepada anak muda di Malaysia untuk berjaya.
Tahniah kepada Arinna dan bagi yang ingin mendapatkan koleksi pakaian renang patuh syariah Nike yang terbaru ini, nantikan pada bulan Februari 2020 di kedai-kedai terpilih Nike.
The post Arinna Erin, Wanita Malaysia Pertama Jadi Model Nike Pakaian Renang Patuh Syariah appeared first on Wanista.com.