Baru-baru ini Molly-Mae mengeluarkan produk mekap terbarunya yang dikenali sebagai Filter by Molly-Mae. Produk mekap terbaru ini menampilkan dua jenis filter seakan warna kulit iaitu gelap dan ekstra gelap bersama dua sarung tangan yang comel.
Kedua-dua warna filter mekap tersebut menarik perhatian pencinta mekap dan rata-rata memberi komen yang positif terhadap produk yang di keluarkan oleh Molly. Lihat warna filter yang dikeluarkan oleh Molly ini memang sangat menarik.

Dengan dua warna filter yang di tawarkan iaitu gelap dan ekstra gelap ini akan membuatkan siapa saja yang memakainya kelihatan telah berjemur lama di pantai!
Tetapi apa yang menjadi perbualan dikalangan peminat dunia kecantikan ini adalah rupa bentuk jenama Filter by Molly-Mae ini dikatakan serupa dan sama seperti produk Kim Kardashian iaitu KKW dan juga SKIMS.
“ourlittlemaisonette@: kimkardashian 🤔🤔🤔🤔”
“turns018: Kim k vibes”
“edscott7: This is such a knockoff of KKW”
“kimberleysimcock: @kkwbeauty ooooo😬😬
“chantyydem: @kkwbeauty who ?
“nickthechick40: @mollymaehague I think Kim kardashian has done a exact same picture for her skims range 😮 but well done on your product.”
“xlaura0310: Looks like @skims from @kimkardashian“
Di dalam kempen jenama SKIMS milik Kim Kardashian, model dilihat memakai pakaian dalam berwarna nude sambil baring. Dan dalam kempen kecantikan produk Filter milik Molly pula dilihat menggunakan konsep yang sama juga.

Mungkin konsep mereka saja sama, lagipun Kim pun nampak gaya tidak ambil peduli pasal persamaan konsep tersebut. Apa yang penting produk tersebut bagus dan berkualiti untuk digunakan!
The post Copy Paste! Mekap Molly Mae Kena Kecam Sebab Tiru Produk Kim Kardashian appeared first on Wanista.com.