Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502

9 Kelebihan Wanita Kahwin Muda Sangat Bagus

$
0
0

Mendirikan rumah tangga tatkala di usia yang masih muda menimbulkan isu perdebatan di dalam negara mahupun di luar negara. Isu berkahwin di usia muda bukanlah sesuatu yang mengejutkan ia telah di praktikkan sejak dahulu lagi, lihat saja atuk dan nenek kita serta lihat bagaimana ibu dan ayah kita yang juga mendirikan rumah tangga pada usia yang muda.

Berkahwin di usia yang muda memang banyak manfaat dan kelebihannya yang tersendiri tetapi jika di lihat dari aspek wanita pula, apa kebaikan yang wanita dapat apabila berkahwin dalam usia yang muda ini.

Oleh itu, wanista ingin menyingkap apakah kelebihan dan kebaikan untuk wanita yang berkahwin dalam usia yang muda.

Elak Dari Perbuatan Terkutuk

Foto – unsplash

Wanita yang mendirikan rumah tangga di usia muda dapat elakkan diri dari melakukan perbuatan terkutuk seperti terlanjur semasa sedang hangat bercinta dan akhirnya hubungan tersebut putus di tengah jalan. Bagi mengelakkan semua itu berlaku kepada wanita, berkahwin di usia yang muda adalah solusi untuk membendung masalah tersebut.

Tidak Membuang Masa

Foto – iStock

Dari kerap bertukar ganti pasangan atau kerap keluar ke hulu hilir tanpa hala tuju, lebih baik tamatkan zaman bujang di usia awal dan bina keluarga bersama pasangan tercinta. Suatu hari nanti apabila kamu sudah berusia dan memiliki anak serta cucu yang ramai, kamu akan berasa bersyukur dengan keputusan untuk berkahwin pada usia yang muda.

Memperbaiki Diri

Foto – alovelycalling.com

Tidak kira lelaki mahupun wanita, pasti akan ada turning point dalam kehidupan masing-masing. Dan semua ini adalah detik penting untuk mengubah sikap diri menjadi seorang isteri, bakal ibu dan anak menantu yang baik apabila telah berkahwin nanti.

Fikiran Lebih Matang

Foto – crosswalk.com

Wanita yang berkahwin pada usia yang muda akan menjadi lebih matang sambil belajar menyelami alam rumah tangga bersama pasangan di awal perkahwinan. Apabila wanita berubah menjadi lebih matang, dari situlah dirinya akan menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapanya untuk mereka sendiri.

Lebih Bertanggungjawab

Foto – The Independent

Wanita yang berkahwin pada usia muda bukan sahaja berubah menjadi lebih matang, malah mereka juga akan menjadi lebih bertanggungjawab dan berdikari dalam membina rumah tangga bersama pasangan.

Siapa sangka apabila seseorang itu berkahwin di usia muda akan membuatkan diri mereka berubah menjadi insan yang lebih bertanggungjawab, sikap ini dapat di lihat dalam diri wanita apabila mereka telah mendirikan rumah tangga.

Mempunyai Tahap Kesuburan Yang Tinggi

Foto – elcrema.com

Berkahwin dalam usia yang muda sangat menguntungkan bagi wanita, ini kerana mereka mempunyai tahap kesuburan yang sangat tinggi dan mudah untuk melahirkan zuriat.

Lain pula bagi wanita mendirikan rumah tangga agak lewat dan berumur akan memiliki risiko untuk memiliki zuriat. Menurut kajian, faktor umur seseorang ibu akan mempengaruhi tahap kebijaksanaan dan kesempurnaan anak tersebut.

Aktiviti Seks Yang Berkualiti

Foto – abc.net.au

Wanita yang mendirikan rumah tangga pada usia yang muda mempunyai tenaga yang banyak dan kuat berbanding wanita yang telah berumur. Justeru itu, kamu dan pasangan dapat melakukan aktiviti intim yang lebih berkualiti di samping mengeratkan hubungan antara suami dan isteri!

Miliki Tenaga Dan Masa Yang Banyak Untuk Besarkan Anak

Foto – Medibank

Manfaat bagi wanita yang berkahwin dalam usia yang muda adalah, diri mereka memiliki banyak tenaga dan masa untuk membesarkan anak-anak. Mengajar anak-anak mengenal huruf, membaca dan mengajar anak-anak tentang pelbagai perkara kehidupan memerlukan tenaga dan masa yang sangat lama.

Oleh itu, bagi wanita yang berkahwin muda, sangat bagus untuk mendirikan rumah tangga. Tambahan lagi, apabila anak telah menjadi dewasa, jarak usia antara ibu dan anak tidak terlalu jauh serta anak-anak akan menjadikan ibu mereka sebagai sahabat karib mereka sendiri.

Dapat Habiskan Masa Yang Banyak Bersama Pasangan

Foto – fathers.com.sg

Nikmat untuk wanita yang berkahwin awal bukan saja diri mereka mempunyai masa dan tenaga yang banyak untuk membesarkan anak. Malah, mereka juga dapat menghabiskan usia muda mereka bersama suami sepanjang hayat. Tiada apa seorang isteri inginkan selain berada di samping suami tercinta seumur hidup!

Jadi sebenarnya banyak kelebihan bagi wanita yang mendirikan rumah tangga pada usia yang muda dan ianya sangat bagus baik dalam membentuk peribadi dalaman dan juga mempunyai fizikal yang kuat.

Rujukan: 1, 2, 3, 4, 5, 6,

The post 9 Kelebihan Wanita Kahwin Muda Sangat Bagus appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502