Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14499

Hebat! YouTuber Usia 5 Tahun Jana Pendapatan RM74.5 Juta Setahun

$
0
0

Luar biasa Anastasia Radzinskaya berusia 5 tahun merupakan salah satu YouTuber muda dengan pendapatan yang sangat tinggi dalam YouTube Stars 2019.

Senarai yang di keluarkan oleh Forbes ini menggemparkan dunia dengan menjana pendapatan 18 juta USD atau RM74.5 juta ringgit Malaysia pada Jun 2018 sehingga Jun 2019.

Anastasia Radzinskaya yang turut di kenali sebagai Nastya atau Stacy ini berasal daripada Rusia dan mampu boleh bercakap dalam dua bahasa iaitu Inggeris dan juga Rusia. Radzinskaya berasal dari Rusia ini telah berpindah ke United States bersama keluarganya pada tahun 2018.

Foto – Daily Mail

Menariknya YouTuber berusia 5 tahun ini, bukan menjana pendapatan tertinggi dalam YouTube Stars 2019. Malah dirinya juga menduduki tangga ke-3 dalam senarai bintang YouTube dengan bayaran yang tinggi pada tahun 2019 ini.

Adik Anastasia Radzinskaya ini memiliki 6 saluran YouTube yang berbeza antaranya Like Nastya, Like Nastya Vlog, Stacy Show, Stacy Toys, Stacy Kids Stories dan masing-masing mempunyai pengikut langganan berjumlah lebih dari 20 juta subscriber.

Jika dikira secara keseluruhan jumlah subcriber dalam semua akaun saluran YouTubenya, adik Anastasia Radzinskaya ini memiliki lebih 107 juta subcriber!

Melihat jumlah subscriber yang ramai mengalahkan artis ini membuatkan ramai tertanya-tanya video apakah yang sering dikongsikan di akaun saluran YouTubenya?

Ke semua akaun saluran YouTube adik Anastasia Radzinskaya ini berkongsi tentang video berkaitan tentang kanak-kanak seperti video melawat haiwan di Zoo bersama ayahnya, video bermain barang permainan mekap atau video menjadi pengantin dan puteri.

Serta banyak lagi video-video aktiviti kanak-kanak yang di kongsikan oleh adik Anastasia radzinskaya di saluran YouTubenya.

Foto – Daily Mail

Apa yang mengejutkan adalah meski ianya adalah video biasa tentang aktiviti yang sering dilakukan oleh kanak-kanak, jumlah tontonan video adik Anastasia Radzinskaya ini sangat banyak. Paling banyak jumlah tontonan adalah 767 juta!

Selain itu, adik Anastasia radzinskaya ini juga mempunyai tajaan dari jenama terkenal dunia antaranya Dannon dan juga Legoland. Wah, kecil-kecil dan pandai cari duit!

RUJUKAN : 1, 2

The post Hebat! YouTuber Usia 5 Tahun Jana Pendapatan RM74.5 Juta Setahun appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14499