Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14499

Menarik! H&M Dan Billie Eilish Keluarkan Koleksi Fesyen Oversize Yang Kool

$
0
0

Siapa yang tidak kenal dengan Billie Eilish yang merupakan seorang bintang pop singer-songwriter yang semakin meningkat naik namanya dalam industri muzik. Bintang pop ini berkolaborasi bersama jenama gedung pakaian terkemuka dunia H&M bagi koleksi untuk tahun depan!

Menariknya kolaborasi antara H&M dan Billie menampilkan koleksi fesyen yang oversize yang mana ia merupakan trademark penyanyi muda ini dan juga rekaan logo rasmi Billie juga akan terdapat pada semua koleksi yang dikeluarkan.

Tambahan lagi, untuk ke semua koleksi pakaian yang dikeluarkan ini H&M menggunakan bahan-bahan yang tahan lasak dan selesa untuk di pakai. H&M dan Billie menampilkan stail fesyen yang oversize pada baju kemeja-t, hoodie, baju sweatshirt dan seluar sweatpants.

Foto – H&M

Selain itu, H&M juga menampilkan aksesori tambahan mengikut stail bintang pop muda ini seperti topi beanie, topi bucket, bumbag dan juga stokin. Ke semua pakaian dan aksesori ini tampil dalam warna-warna seperti krim, hitam, hijau cair dan hijau neon.

Koleksi pakaian Billie dan H&M ini akan mula dijual pada 2 Januari 2020 nanti di seluruh cawangan H&M di seluruh dunia.

Jom jadi kool macam Billie dengan gaya fesyen pakaian yang oversize dan kasual serta dalam masa yang sama serlahkan nilai dalaman diri dengan pelbagai pilihan stail pakaian H&M x Billie Eilish.

Dari segi harga pula, peminat Billie tidak perlu risau kerana ke semua koleksi ini dijual dengan harga yang berpatutan dan berbaloi untuk dimiliki!

Foto – H&M

Baju kemeja-T ini hadir dalam dua warna iaitu krim dan juga warna hijau cair yang dijual pada harga RM74.95. Manakala seluar sweatpants ini pula dijual pada harga RM99.95, seluar ini bukan saja panjang tetapi ianya juga sangat selesa.

Dan topi bucket hat ini pula hadir dengan dua warna pilihan iaitu hitam dan krim yang cantik, topi ini dijual pada harga RM39.95 sahaja.

Foto – H&M

Ingin kelihatan kool dan bergaya seperti Billie, baju sweater labuh dan besar ini dijual dengan harga RM99.95 dan stokin Billie Eilish ini pula dijual dengan harga RM22.95 dan ianya hadir dengan dua warna pilihan iaitu hitam dan juga krim yang smart!

Jadi peminat Billie Eilish jangan lepaskan peluang untuk dapatkan koleksi H&M x Billie Eilish ini di cawangan H&M berhampiran anda pada 2 Januari 2020 ini nanti.

The post Menarik! H&M Dan Billie Eilish Keluarkan Koleksi Fesyen Oversize Yang Kool appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14499