Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14509

Walaupun Miliki “Bibir Terbesar Di Dunia”, Wanita Muda Masih Tak Puas Lagi

$
0
0

Terkejut melihat wanita di atas?

Untuk pengetahuan anda, itu merupakan seorang wanita muda berusia 22 tahun sudah melakukan 17 suntikan dalam usaha untuk mendapatkan bibir terbesar di dunia, tapi sayangnya dia masih belum puas.

Andrea Ivanova, dari Bulgaria, memulakan transformasi tahun lalu dan menjalani suntikan bibir hyaluronic acid sebelum September tahun ini.

Setakat ini Andrea sudah menjalani 17 rawatan lip filler. Foto – Jam Press

Walaupun sudah besar dan membengkak bagaikan disengat lebah, wanita ini masih merancang untuk melakukan operasi lagi sehingga dia benar-benar puas hati. Andrea nekad mahu muncung yang lebih besar daripada sedia ada.

Andrea percaya dia kelihatan lebih cantik dengan bibir yang lebih besar dan dia telah melawat banyak klinik dalam cubaan untuk mendapatkan bibir sempurna.

Bibir asal Andrea sebelum menjalani sebarang lip filler. Foto – Jam Press

Andrea menjelaskan:

“Saya suka bibir saya sekarang lebih daripada sebelum ini. Saya berasa sangat gembira dengan bibir yang baru ini, kerana menurut saya dengan bibir yang lebih besar saya kelihatan lebih cantik.

“Saya telah melawat hampir semua klinik untuk prosedur estetik di Sofia (ibu negara Bulgaria) dan saya telah meletakkan hampir semua jenis lip filler [di bibir saya].

Andrea baru berusia 22 tahun. Foto – Jam Press

Wanita yang sedang dalam pengajian German Philology di Sofia University mengakui dia tidak mengetahui jumlah wang yang sudah dibelanjakan tapi setiap rawatan purata sekitar £134 ke atas.

Tidak jelas berapa banyak lagi suntikan yang ingin dilakukan Andrea untuk mencapai bibir besar, tetapi dia menegaskan sekali dia tidak puas, dia akan terus buat.

RUJUKAN

The post Walaupun Miliki “Bibir Terbesar Di Dunia”, Wanita Muda Masih Tak Puas Lagi appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14509