Sanggup menyimpan rambut selama 30 tahun menjadikan dirinya seperti Rapunzel dalam siri animasi yang dikeluarkan oleh Disney. Wanita berusia 34 tahun yang berasal dari Odesa, Ukraine ini bernama Alena Kravchenko yang kemudiannya mencetuskan fenomena dengan rambut sepanjang 1.8 meter.
Dimaklumkan bahawa Alena mula menjaga rambutnya seawal usia 5 tahun dan disokong oleh ibunya sendiri untuk menyimpan rambut panjang.
“Pada usia yang muda, ibu saya telah menerapkan rasa cinta terhadap rambut panjang“ ujar Alena.
Sangat Cintakan Rambut Panjang!
Rasa cinta yang mendalam terhadap rambut panjang menyebabkan, Alena tidak pernah memotong rambut selama 30 tahun dan meskipun rambutnya menjadi lebih panjang daripada ketinggiannya sendiri iaitu 1.68 meter, Alena tidak pernah berfikir untuk memotong rambutnya.
Selain itu, Alena juga turut meluahkan bahawa dirinya sangat menyukai ikatan rambut tocang dan dirinya juga tidak pernah mewarnakan rambut dan tidak dapat membayangkan dirinya berambut pendek dengan warna yang berbeza.
Warna rambut semula jadi Alena dah cukup cantik, jadi tidak hairanlah mengapa dirinya tidak mahu mewarnakan rambut betul tak.

Biasanya menjaga rambut yang panjang pastinya sangat rumit dan memerlukan masa yang sangat lama untuk menjaga rambut panjang agar kekal cantik.
Tetapi tidak bagi Alena, menurut Alena ianya tidak sukar kerana dirinya sangat sayangkan rambutnya dan menjaga rambut adalah sebahagian kegembiraan buat Alena.
Tips Alena Menjaga Rambut
Macam mana agaknya Alena menjaga rambutnya yang panjang sejak dari kecil ya. Menurut Alena untuk mengekalkan rambutnya sihat dan kuat, Alena membiarkan rambutnya kering secara sendiri tanpa menggunakan sebarang alat pengering rambut dan menggunakan produk untuk memberi khasiat kepada rambutnya.
“Perkara yang saya tidak pernah lakukan: Saya tidak mengeringkan rambut menggunakan alat pengering rambut, saya tidak menggunakan iron untuk mengerintingkan rambut, saya tidak mengikat rambut ketika basah dan biarkan ia kering secara semula jadi” ujar Alena.

Tambah Alena lagi, dirinya akan mencuci rambut seminggu sekali sambil menggunakan pelbagai jenis minyak untuk menyihatkan rambut dan mendapatkan penjagaan kosmetik dari profesional.
Malah dirinya juga menggunakan buah-buahan kering, kekacang dan cheese buatan sendiri untuk memberi sumber nutrisi kepada rambut.

Bagi yang ingin mendapatkan rambut cantik berseri, ini pesan dari Alena.
“Untuk mendapatkan rambut panjang yang cantik, kita hendaklah benar-benar menyukai apa yang kita lakukan dan mestilah benar-benar mahukannya” ujar Alena.
Jika mahu rambut panjang yang cantik, ikut tips dari Alena comfem rambut jadi cantik menawan!
The post Menakjubkan, Wujud Rapunzel Sebenar Di Ukraine! appeared first on Wanista.com.