Nak cantik kenalah dari rambut hingga ke kaki.
Tapi menjadi kesilapan biasa individu ialah tidak menitik beratkan sisi-sisi tersembunyi seperti kuku. Pernah tak anda berjumpa dengan seseorang yang memang elok cantik dari segi fesyen tapi bila anda melihat tangan dia saat untuk bersalaman. Aduhai kenapa hodoh sangat.
Baca : Ini 5 Rutin Untuk Hasilkan Kuku Sihat & Cantik Berkilat!
Kuku anda adalah salah satu aksesori kecantikan yang mesti dipelihara, tetapi adakah anda tahu banyak benda tentangnya?
Kutikel sebenarnya mempunyai fungsi
Walaupun pekerja di butik kecantikan kuku akan membuang bahagian kutikel di kuku anda, ia sebenarnya berperanan penting dalam melindungi bahagian tersebut daripada jangkitan kuku.

Terlalu banyak membuang kutikel atau memotongnya akan membuka halangan perlindungan dan membolehkan kelembapan dan bakteria masuk ke dalam badan anda. Hal ini boleh menyebabkan jangkitan, sakit atau bengkak dan juga merosakkan bentuk kuku apabila ia tumbuh keluar.
Rambut dan kuku diperbuat daripada komponen serupa
Kuku diperbuat dari keratin keras yang berlapis-lapis, sama seperti rambut. Terdapat juga lapisan nipis keratin yang meliputi kebanyakan permukaan badan anda – ia paling tebal terbentuk pada tapak tangan dan tapak kaki. Jadi apa perbezaan di antara rambut, kuku, dan kulit?
Keratin kuku dan rambut mengandungi lebih cysteine (asid amino) daripada keratins lembut kulit, ini membawa kepada ikatan yang lebih kukuh antara sel-sel. Kuku juga mempunyai kandungan yang lebih rendah lemak dan air, dan kulit melindungi lapisan luarnya dengan keratin, manakala kuku tidak.
Kuku tumbuh lebih cepat pada tangan anda yang dominan
Jika tangan tangan anda lebih dominan, anda akan mendapati kuku tangan kanan anda akan tumbuh lebih cepat dan sebaliknya. Teori di sebalik perkara ini adalah kuku yang digunakan lebih kerap dan terdedah kepada unsur-unsur yang membuatkan pertumbuhan kuku menjadi lebih pantas.

Kuku tumbuh lebih cepat dalam iklim panas
Kuku individu yang tinggal di nagara beriklim panas tumbuh lebih cepat. Ini berlaku kerana cahaya matahari yang membantu badan menerima dan menghasilkan vitamin D.
Rawatan kuku di salon boleh merosakkan kuku
Rawatan kuku seperti polishing boleh menyebabkan kuku anda menjadi kotor dan pelekat dan bahan kimia yang digunakan dalam akrilik dan gel pengilat boleh menanggalkan lapisan luar kuku, membuatkan kuku menjadi rapuh. Masa yang diambil untuk proses penggantian kuku adalah enam enam bulan . Rawatan sebulan sekali sahaja sudah mencukupi.

Kondisi kuku boleh melambangkan tahap kesihatan anda
Perubahan kepada bentuk, warna, ketebalan dan warna katil kuku semua boleh menjadi tanda-tanda masalah.
Pemakanan juga boleh memberi impak kepada kuku
Pengeluaran keratin untuk kuku yang sihat boleh ditingkatkan dengan pengambilan protein tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak, dan makanan yang kaya dengan vitamin C.
Menarikkan info di atas.
The post 7 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Kuku appeared first on Wanista.com.