Balai Seni Seni Negara dan Malaysia Airports Holdings Berhad bakal menganjurkan pameran galeri seni Kuala Lumpur Biennale 2020 atau lebih dikenali sebagai KUL BIENNALE 2020, di mana dalam acara ini akan mempersembahkan hasil seni oleh artis dalam dan luar negara.
Program yang bertemakan Tanah Air (Sa) Udara ini akan berlangsung pada 1 September 2020 hingga 28 Februari 2021 nanti.
Acara pameran ini mula diumumkan di lapangan terbang Langkawi oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Pengerusi KUL Biennale 2020, Ismail Ani Arope serta Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Perdagangan, Mohammad Nazli Abdul Aziz.

Program KUL Biennale 2020 ini akan memperlihat 100 penggiat seni dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura, Brunei, Vietnam, Myanmar, Laos, Kemboja dan negara-negara lain lagi. Menerusi pameran ini, pengunjung bakal menyaksikan himpunan karya-karya seni visual yang hebat dari artis seni dalam dan luar negara.
Sebelum itu, pelbagai program telah dijalankan di seluruh negara menerusi Route ke KL Biennale 2020 bagi menyemarakkan lagi hasil seni visual tempatan. Antaranya program yang telah dijalankan adalah:
- International Marble Art Camp, Langkawi
- Balik Pulau Festival, Penang
- Festival Anak Muda 2019, Kuala Lumpur
- Lakaran Panorama Muar, Johor
- Borneo Art Festival 2019, Labuan
- Bamboo Sculpture by The Sea, Kota Kinabalu
- International Marble Art Workshop, Langkawi
- Projek Seni Komuniti & Pameran, Johor
- Ipoh International Art Festival (IIAF 2019)
- Street Art @ Kapit, Sarawak

Dan pada tahun ini, Balai Seni Negara bukan saja berkolaborasi bersama Malaysia Airports Holdings Berhad, malah bersama galeri seni swasta lain seperti:
- Core Design Gallery
- Suma Orientalis
- A.P. Art Gallery
- Rogue Art
- Segaris Art Center
Dengan lebih banyak kerjasama antara galeri-galeri seni lain, ia membuka spektrum karya seni artis tempatan secara langsung dan dalam masa yang masa menjadi peneraju utama dalam program KUL Biennale 2020 nanti. Menerusi inisiatif program ini, dianggarkan akan menyumbang kepada 30 juta pelancong pada tahun ini.
Kuala Lumpur Biennale 2020 dibuka kepada orang ramai bermula pada 1 September 2020 hingga 28 Februari 2021 nanti. Masuk adalah percuma, jadi jangan lepaskan peluang untuk singgah ke kawasan pameran sebagai tanda menyokong penggiat seni dalam dan luar negara!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Balai Seni Negara.
The post Pameran Galeri Seni KUL BIENNALE 2020, Himpun Artis Dalam Dan Luar Negara appeared first on Wanista.com.