Berita baik buat peminat die-hard-fan LEGO®!
LEGO® Malaysia baru-baru ini melancarkan set LEGO® yang bertemakan Tahun Baru Cina, iaitu LEGO® Lunar New Year (LNY). Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, LEGO® mengeluarkan dua set produk LNY yang menarik iaitu LEGO® Lion Dance (80104) dan LEGO® Chinese New Year Temple Fair (80105).

Apa yang menarik adalah set yang dikeluarkan pada tahun 2020 ini merupakan sambungan daripada siri set pada tahun 2019 iaitu LEGO® Dragon Dance dan LEGO® Chinese New Year’s Eve Dinner.
Kemunculan produk set LEGO® yang direka khas sempena sambutan Tahun Baru Cina ini mencipta cipta sejarah apabila set pertama yang dikeluarkan, telah habis dijual di dalam talian serta di semua kedai dan gedung LEGO® yang mengambil bahagian. Hebatnya!
LEGO® Tahun Baru Cina 2020, Acara Pertama Yang Terbesar

Bagi menyemarakkan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini, LEGO® bukan saja mengeluarkan produk yang terbaru. Malah, turut menganjurkan acara dan aktiviti yang menarik buat pengunjung yang hadir bermula pada 5 Januari hingga 2 Februari 2020.
Acara LEGO® Lunar New Year yang bertempat di Center Court Mid Valley Megamall dan The Mall, Mid Valley Southkey ini, menawarkan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung. Antara aktivit yang dijalankan adalah:
- Rat Building Competition: Bekerjasama sebagai satu pasukan bersama rakan-rakan atau ahli keluarga dan bina set LEGO® Rat dengan pantas. Terdapat pemenang mingguan dan satu pemenang hadiah utama (Set LEGO® bernilai RM1,000).
- Drum Up the Lion: Kanak-kanak perlu membina LEGO® Traditional Drum dan gunakannya untuk mengejutkan singa yang sedang tidur dalam skrin. Peserta berpeluang menebus ‘wishing card’ untuk membuat hajat bagi mendapatkan set LEGO® yang diidamkan.
- Creative LEGO® Shadow Play: Kanak-kanak bebas untuk membina apa saja atau set yang ditetapkan dan kemudian memaparkannya ke atas skrin yang dilimpahi cahaya. Mereka boleh menceritakan kisah boneka bayangan mereka sendiri.
- Give the Gift of Play: Kanak-kanak yang menebus ‘wishing card’ boleh menggantungkan kad berkenaan di “LEGO® Wishing Wall”. Lima pemenang bertuah akan dipilih dan berpeluang mendapatkan set LEGO® yang diidamkan.
- Wishing Tree: Peserta perlu mendaftar untuk menebus ‘wishing card’ berpandukan kepada zodiak masing-masing. Kemudia tulis hajat untuk 2020 dan petugas LEGO® akan menggantungkannya pada ‘wishing tree’.
Set LEGO® Lion Dance RM349.90

Set LEGO® Lion Dance menggambarkan suasana Pesta Musim Bunga yang pastinya mampu menggamit memori indah yang berkaitan perayaan tradisional ini.
Set ini menampilkan lima patung singa kecil yang dihiasi indah dan satu pentas pemain genderang dengan fungsi gendang yang unik.

Bukan itu saja, dalam set LEGO® Lion Dance ini terdapat lapan patung mini penari singa dan lelaki memakai kostum tikus sebagai menandakan Tahun Tikus.
Bagi mempamerkan suasana meriah, ia turut didatangkan dengan pintu gerbang tokong yang dihiasi jubin LEGO® bercorak tradisional dan aksesori tambahan seperti skrol perkatan “Ucapan Selamat” dalam warna merah, orb merah, kubis, berus kaligrafi dan mercun roket yang boleh digayakan dengan pelbagai bentuk.
Set LEGO® Chinese New Year Temple Fair RM499.90

Set LEGO® Chinese New Year Temple Fair ini pula merakamkan suasana meriah yang biasa dilihat di sekitar pekan serta bandar di seluruh China semasa Tahun Baru Cina.
Set ini didatangkan dengan gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis barangan asli yang berwarna-warni dalam versi LEGO®, seperti hidangan beku hinggalah kepada gula-gula, permainan, pasu serta doh. Wow, menariknya!

Set ini hadir dengan 14 patung mini yang sangat comel dan menarik. Bagi peminat LEGO®, pastinya sedar akan kemunculan ahli keluarga dalam set LEGO® Chinese New Year’s Eve Dinner tahun lepas dan ianya bersambung menerusi sambutan Pesta Musim Bunga.
Sempena kempen LNY 2020 ini, LEGO® menawarkan dua promosi hebat di gedung buat peminat LEGO®:
- Pembelian minimum RM68 mana-mana set permainan LEGO®, pelanggan berpeluang menebus paket Angpau Tahun Baru Cina 2020.
- Pembelian minimum RM238 (tidak termasuk set LNY), pelanggan berpeluang menebus set edisi terhad LEGO® Year of the Rat.
Kedua-dua set LEGO® Lunar New Year yang baru ini boleh didapati di semua gedung LEGO®, Toys “R” Us dan kedai-kedai yang mengambil bahagian.
Untuk maklumat lanjut mengenai set terbaru LEGO®, acara LNY serta promosi yang dijalankan, layari laman web LEGO® Malaysia atau Facebook LEGO® Malaysia.
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina!
The post Rai Sambutan Tahun Baru Cina 2020 Dengan Set LEGO Lunar New Year Terbaru appeared first on Wanista.com.