Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14520

Taubatlah! Orang Yang Berhutang, Ditahan Masuk Syurga

$
0
0

“Barangsiapa bersumpah untuk mengambil harta seorang muslim, padahal dia berdusta dalam sumpahnya itu. Sungguh dia akan bertemu dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” Riwayat al-Bukhari

Begitu beratnya azab Allah jika kita tidak melunaskan hutang dan bukan saja diri akan ditimpa azab dari Allah S.W.T tetapi dalam masa yang sama terputus hubungan silaturahim sesama saudara.

Menyentuh soal orang yang berhutang di tahan masuk syurga, adalah benar. Setiap hutang manusia di dunia tetap perlu dilunaskan sekalipun kita sudah meninggal dunia.

Ingat! Ditahan Bukan, Tidak Masuk Syurga

Foto – Halal Money

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jiwa seorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hinggalah hutangnya dilangsaikan.” Riwayat at-Termizi, Ibnu Majah dan al-Baihaqi.

Menurut sebahagian pandangan ulama, apa yang dimaksudkan dengan isu ini adalah hutang sesama manusia yang sengaja tidak dibayar.

Perbuatan sengaja tidak melunaskan hutang itu, menjadikan si peminjam hutang terus menanggung dosa sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T.

Selesaikan Hak Sesama Manusia – Ustaz Ahmad Zainuddin

Foto – Arkib Wanista

Dalam sebuah ceramah kupasan Ustaz Ahmad Zainnuddin mengenai orang yang berhutang ditahan masuk syurga ada menjelaskan bahawa, kita sebagai manusia harus menyelesaikan hak sesama manusia.

Apa yang dimaksudkan dengan hak di sini adalah hutang yang dipinjam hendaklah dilangsaikan, meski diri telah pergi menghadap sang pencipta.

Telah menjadi amalan dalam masyarakat Islam selepas solat jenazah, waris akan membuat pengumuman kepada jemaah sekiranya arwah ada berhutang dengan sesiapa untuk bertemu dengan warisnya untuk menjelaskan sebarang hutang yang pernah dibuat ketika hayatnya.

Foto – Azmir Shah

Oleh itu jika ada anggota keluarga yang meninggalkan dunia, maka ahli keluarga atau waris arwahlah yang harus membantu menjelaskan hutang yang pernah dibuat sewaktu hayatnya.

Tidak kira hutang tersebut sekecil biji kurma atau sebesar mana hutang unta sekalipun, kita semua harus melunaskan hutang tersebut. Ingat di akhirat nanti tiada sebarang transaksi yang boleh dilakukan untuk melangsaikan hutang melainkan membayar dengan pahala atau menanggung dosa!

Tanggungjawab Si Penghutang Dalam Islam

Foto – Daily Mail

#1 Hutang adalah amanah yang wajib dijelaskan

Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar menunaikan amanah dan hutang adalah amanah yang terpikul di atas bahu penghutang. Allah S.W.T berfirman:

“Ertinya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.

Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” surah An-Nisa, ayat 58.

#2 Berhutang dengan niat yang baik

Rasulullah SAW juga pernah bersabda:

Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Barangsiapa yang mengambil harta orang (berhutang) dengan tujuan untuk membayarnya (mengembalikannya), maka Allah S.W.T akan tunaikan untuknya.

Dan barangsiapa mengambilnya untuk menghabiskannya, maka Allah S.W.T akan membinasakannya” hadis riwayat Al-Bukhari.

#3 Membayar dengan yang lebih baik

Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata:

“Ertinya: Nabi mempunyai hutang kepada seseorang, iaitu seekor unta dengan usia tertentu. Orang itu datang menagihnya. 

(Maka) beliaupun berkata, “Berikan kepadanya” kemudian mereka mencari yang seusia dengan untanya, akan tetapi mereka tidak menemukan kecuali yang lebih berumur dari untanya. 

Nabi (pun) berkata, “Berikan kepadanya”.

Dia pun menjawab, “Engkau telah menunaikannya dengan lebih. Semoga Allah S.W.T membalas dengan setimpal”.

Maka Nabi SAW bersabda, “Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik dalam pengembalian.” hadis riwayat Al-Bukhari.

Foto – Jurnal Pos Media

Ingat hukum melunaskan hutang adalah harus, justeru itu jika diri kamu mempunyai hutang sesama manusia haruslah kamu segera menyelesaikan hutang tersebut. Ingat apabila roh terputus dari jasad, akan tergantung jiwanya dari memasuki syurga kerana hutangnya.

Oleh itu, jangan sesekali mengambil remeh soal hutang, bayarlah secara sikit-sikit jika tidak berkemampuan untuk melangsaikan semua hutang tersebut. Meski lambat hutang tersebut dilunaskan, kamu tetap menunaikan amanah kamu kepada si pemberi hutang.

Rujukan: 1, 2, 3, 4, 5

The post Taubatlah! Orang Yang Berhutang, Ditahan Masuk Syurga appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14520