Bila ke Sephora, Watsons, Guardian atau Sasa, kita jadi rambang mata melihat pelbagai kosmetik. Lagi pula dengan setiap gincu yang ada – dengan pelbagai jenis, warna dan jenama, terasa mahu membeli kesemuanya.
Untuk jenama Maybelline, sudah penulis kongsi beberapa pilihan Wanita tempatan tapi bagaimana pula jenama lain, apa yang mereka suka dan paling kerap pakai.
Baca : 7 Gincu Matte Maybelline Warna Nude Paling Wanista Suka
Untuk jenama L’Oreal, kebanyakan wanita tempatan memilih rangkaian Rouge Signature.

Mengetengahkan ultra-thin formula, Rouge Signature memberikan sensasi ringan di bibir, melekat sempurna bagaikan lip tint.
Tersedia dalam 10 pilihan warna yang cocok untuk kegunaan harian, Rouge Signature membuat bibir cantik dengan hasil matte yang kalis air dan tahan hingga 8 jam. Lagi satu bila diaplikasi ke bibir, teksturnya sangat ringan seperti air. Langsung tidak terasa berat di bibir, cuma… mungkin terlalu ringan jadi anda kena reapply beberapa kali kerana mudah hilang.
Dalam 10 pilihan warna, 5 di bawah paling banyak dipakai wanita Malaysia!
#1 124 I Embrace

#2 105 I Rule

#3 115 I Am Worth It

#4 116 I Explore

#5 121 I Choose

Berharga kurang dari RM50, penulis pasti semua orang mampu miliki setiap koleksi gincu matte Rouge Signature.
Jadi, selepas ini bolehlah tampil gincu berlainan mengikut fesyen harian.
Selamat Beramal ❤
The post 5 Gincu Matte L’Oreal Pilihan Wanita Malaysia, Best Pakai! appeared first on Wanista.com.