Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14517

10 Lagu Popular Kamu Tak Tahu Sebenarnya Cerita Tentang Seks

$
0
0

Bukan main seronok menyanyi siap dengan kuat, melalak tapi bila dibaca liriknya baru tahu maksud sebenar lagu tersebut.

Tidak kisahlah lagu berbahasa Inggeris, Latin atau K-Pop sekali, bila dah suka memang dah taksub didengar siang ke malam. Langsung tidak ambil endah akan maksud lagu tersebut.

Jangan tak tahu, ada lagu-lagu yang kamu kemaruk sangat sebenarnya bermaksud kurang manis, orang kata menceritakan tentang seks semata.

Nah, nak tahu lagu apa, Wanista senaraikan. Ini antara lagu popular mendapat sambutan di kalangan warga tempatan, tidak kira tua atau muda. Penulis yakin korang mesti pernah layan lagu-lagu di bawah.

Like A Prayer – Madonna

Lagu legend yang dinyanyi ikon Madonna. “Like A Prayer” sebenarnya menceritakan tentang perbuatan blowjob.

Bait-bait lirik “I’m down on my knees, I wanna take you there/ In the midnight hour I can feel your power” – menceritakan bagaimana si wanita berlutut melakukan perbuatan foreplay untuk memberi kekuatan kepada si lelaki.

Love Myself – Hailee Steinfeld

Ramai menganggap lagu “Love Myself” ini menceritakan tentang self-love tapi ia sebenarnya tentang perbuatan marturbasi. Bahkan ia diakui oleh penyanyi muda ini sendiri.

Lirik, “I’ll take it nice and slow/ Feeling good on my own without you, yeah/ Got me speaking in tongues/ The beautiful, it comes without you, yeah.”

“I’m gonna put my body first/ And love me so hard ’til it hurts/ I know how to scream the words/ Scream the words.”

Side By Side – Ariana Grande ft Nicki Minaj

Menurut US Weekly, “Side to Side” menceritakan bagaimana si pasangan kerap dan banyak kali melakukan hubungan seks sehingga tidak boleh berjalan dengan normal.

Okay penulis tergamam sekejap…

Versace on the Floor – Bruno Mars

Bahagian bridge lagu merupakan simbolik kepada aktiviti dalam kelambu antara pasangan.

Korus “So baby let’s just turn down the lights/ And close the door/ Ooh I love that dress/ But you won’t need it anymore” – menunjukkan keinginan si lelaki mahu bersama wanita dengan menanggalkan pakaian wanita.

Live While You’re Young – One Direction

Di awal kemunculan mereka, lima anak muda ini kelihatan begitu innocent tapi siapa sangka lagu mereka menceritakan sebaliknya.

Tidak pernah terlintas dalam fikiran lagu ini menceritakan tentang hubungan one night stand dengan orang asing. “Tonight, let’s get some, and live while we’re young” – jelas menunjukkan kelakuan orang muda yang mahu enjoy semata.

Milkshake – Kelis

Salah satu lagu hit sekitar tahun 2003 dahulu ini banyak dimainkan di radio. Pada yang tidak tahu, “Milkshake” lagu catchy yang dinyanyikan oleh Kelis bercakap tentang oral sex.

Lirik berbunyi “My milkshake brings all the boys to the yard/ And they’re like, it’s better than yours.”

2 Become 1 – Spice Girls

Kumpulan popular era 90-an advokasi mesej kepada orang ramai untuk mengamalkan seks yang selamat.

“Be a little bit wiser, baby/  Put it on, put it on.” – Bait ini Spice Girls merujuk kepada kondom.

I Kissed A Girl – Katy Perry

Melihat pada tajuk sahaja, kita sudah menjengilkan mata apatah lagi bila membaca lirik. Keseluruhan lagu ini berkisarkan tentang melakukan hubungan intim ke atas seorang wanita dan bagaimana perasaan teruja dan ekstrem yang dialami.

Katy Perry menggunakan perkataan cherry chapstick yang membawa maksud menjilat, menggosok.

Genie In A Bottle – Christina Aguilera

Penulis kerap menyanyikan lagu ini suatu masa dahulu ketika remaja dan langsung tidak menyedari ianya tentang seks.

“If you rub me the right way I can make your dreams come true.” – maksud tersirat yang selama ini kita tidak ambil pusing.

Sebenarnya banyak lagi lagu yang mempunyai maksut tersirat jika kita mendalaminya. Sebagai contoh, siapa sangka lagu popular masa kini “Shape of You” dari Ed Sheeran tentang lelaki mengagumi setiap perincian anggota badan seorang wanita.

Atau lagu berdansa “Senorita” yang dinyanyikan Shawn Mendes dan Camila Cabello, tentang hubungan seksual antara lelaki dan perempuan. “Despacito” yang haram dimainkan di setengah radio Malaysia kerana lirik penuh dengan ayat lucah.

Baca : Lirik Penuh Ayat Lucah, Despacito Haram Keluar Di Stesen Radio & Televisyen RTM

Selamat Beramal!

The post 10 Lagu Popular Kamu Tak Tahu Sebenarnya Cerita Tentang Seks appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14517