Konflik pasangan selebriti tidak pernah surut sekejap baik sekejap tidak, kemudian putus dan kemudian berbaik semula. Rasanya itulah yang berlaku ke atas model dan selebriti terkenal Gigi Hadid dan pasangannya Zayn Malik.
Gigi Hadid dan Zayn Malik telah berpisah secara sah pada bulan Januari 2019 dan kemudian pada akhir bulan Disember 2019, Gigi telah memuat naik di Instagram Story sedang memasak menggunakan resepi ibu Zayn dan sekaligus telah tag ibu Zayn dalam Instagram Story tersebut.
Sejak dari itu telah berputar khabar angin mengenai pasangan selebriti ini dan rata-rata ramai peminat menganggap mereka berdua telah berbaik semula.

Tetapi menurut laporan media antarabangsa, mereka berdua masih kekal solo dan tiada tanda-tanda untuk kembali semula. Meskipun begitu, masing-masing masih kekalkan berhubungan secara baik.
Dan kini pasangan ini di lihat bermesraan di New York City bersama Bella Hadid dan Dua Lipa baru-baru ini untuk menyambut hari lahir Zayn yang ke-27. Gigi yang kelihatan menawan dengan baju turtleneck berserta sut dan seluar yang berwarna hijau cair.

Manakala Zayn pula memakai jaket dengan warna hijau cair yang sedondon dengan warna sut Gigi. Melihat pakaian kedua-dua selebriti ini, umpama sudah berjanji pula untuk memakai warna yang sedondon!
Gigi dan Zayn kelihatan berjalan sambil berpimpingan tangan, memang romantik habis. Zayn dan Gigi telah menjemput ramai ahli keluarga dan rakan-rakan rapat untuk bersama-sama menyambut hari lahir Zayn. Dan pastinya kemesraan mereka berdua dapat di lihat oleh ahli keluarga dan teman rapat mereka sendiri.
Mungkin kali ini, mereka berdua betul-betul telah kembali bersatu semula, siapa tahukan. Apa-apapun kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua ya.
The post Gigi Hadid Dan Zayn Malik Macam Dah Bersatu Semula appeared first on Wanista.com.