Anda perasan orang Korea lebih menggunakan minyak bijan berbanding minyak yang lain. Dalam semua jenis masakan, mereka mengatakan minyak bijan lebih sedap nak dibandingkan dengan minyak lain.
Agaknya apa kelebihan minyak bijan, selain menyedapkan makanan, adakah ia berkhasiat? Tahukah, minyak bijan merupakan antara makanan sihat yang telah terbukti mendatangkan kebaikan kepada kesihatan dan miliki pelbagai manfaat untuk kecantikan.

Minyak bijan merupakan hasil yang diperoleh dari proses menekan biji bijan. Ia diketahui mengandungi paras antioksidan yang tinggi, kaya dengan vitamin dan pelbagai khasiat.
Mengurangkan Tekanan Darah
Minyak bijan mempunyai kesan penurunan tekanan darah dan natrium dalam darah. Kajian Yale Journal of Biology and Medicine menunjukkan seorang pesakit darah tinggi telah di minta untuk mengamalkan minyak bijan selama 45 hari, tekanan darah mereka berjaya kembali ke bacaan normal. Ini adalah kerana, minyak bijan bertindak sebagai agen diuretik yang menyingkirkan natrium dalam badan.
Manfaat Untuk Kulit
Kandungan antioksidan dalam minyak bijan memberi manfaat kepada kulit dengan membantu meningkatkan kesan vitamin E dan antioksidan yang lain. Kajian ringkas yang dijalankan menunjukan individu yang menggunakan minyak bijan telah mengalami penurunan dalam jangkitan kulit dan peningkatan kesakitan sendi. Ini merupakan kesan dari antibakteria dan anti-inflamasi yang terdapat dalam minyak bijan.

Kaya Antioksidan
Minyak bijan mempunyai sifat antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini bertarung dengan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan dalam badan. Selain itu ia juga menggalakkan kulit yang sihat dan cantik. Biji bijan penuh dengan zink, iaitu mineral penting untuk menghasilkan kolagen dan memberikan keanjalan kulit. Zink juga membantu untuk memperbaiki tisu yang rosak di dalam badan.
Baik Untuk Hati
Penyelidikan menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan lemak tak tıpu adalah baik untuk kesihatan jantung. Minyak bijan terdiri daripada 82% asid lemak tak tepu. Ia kaya dengan asid lemak omega-6. Ia kaya dengan asid lemak omega-6. Asid lemak Omega-6 adalah sejenis lemak tak tepu yang penting untuk diet dan memainkan peranan penting dalam pencegahan penyakit jantung. Penyelidikan pada tikus menunjukkan bahawa minyak bijan boleh membantu mencegah penyakit jantung dan juga melambatkan perkembangan plak di arteri anda.

Pencegahan Diabetes
Menurut kajian, minyak bijan dapat mengurangkan kedua-dua tekanan darah dan glukosa pada penghidap diabetes. Sebuah penyelidikan dari American Journal of Clinical Nutrition juga menunjukkan keberkesanan minyak bijan membantu perawatan kencing manis.
Membantu Sembuhkan Luka
Selain dimakan untuk faedah kesihatan, minyak bijan juga boleh digunakan secara topikal untuk luka. Keupayaan minyak bijan uituk mempercepatkan penyembuhan luka mungkin disebabkan sifat-sifat antioksidan dan anti-radang.
Melindungi Daripada Sinaran UV
Kajian menunjukkan bahawa minyak bijan boleh melindungi daripada kerosakan sinar UV, yang boleh membahayakan kulit anda. Kesan ini mungkin disebabkan oleh kandungan antioksidan yang tinggi. Beberapa sumber menyatakan bahawa minyak bijan boleh menjadi pelindung matahari semula jadi yang baik dan mempunyai SPF semula jadi.

Jadi, mulai sekarang mungkin anda boleh bertukar kepada minyak bijan uituk mendapatkan manfaat kesihatan yang lumayan, yang selama ini tidak ada dalam minyak lain.
Selamat Beramal!
The post Sebab Tu Orang Korea Suka Guna Minyak Bijan, Banyak Kebaikan Kesihatan appeared first on Wanista.com.