Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14523

Gara-Gara Pecah Rekod Maraton, Kasut Nike Vaporfly Kena Ban

$
0
0

Kontroversi seorang pelumba lari maraton Brigid Kosgei 25 tahun, berjaya memecahkan rekod pelumba lari maraton Paula Radcliffe dengan menggunakan kasut Nike Vaporfly Next% dalam acara Chicago Marathon pada bulan Oktober tahun lepas.

Dalam acara maraton tersebut, Brigid Kosgei yang merupakan peserta daripada Kenya ini telah memenangi larian maraton dengan rekod masa 2 jam 14 minit 4 saat.

Sekaligus mengalahkan rekod pelumba lari maraton Paula Radcliffe iaitu 2 jam 15 minit 25 saat, yang merupakan rekod terpantas pelumba lari wanita bagi acara London Marathon pada tahun 2003.

Foto – Chicago Marathon

Perbezaan masa 1 minit 21 saat dengan hanya menggunakan kasut edisi terbaru dari Nike ini, membuatkan ramai yang tertanya-tanya di sebalik teknologi pembuatan kasut sukan ini.

Dan dalam masa yang sama pertubuhan World Athletics telah memperkenalkan peraturan yang lebih ketat ke atas pemilihan kasut sukan bagi acara larian. Peraturan baru diperkenal bagi mengelakkan isu integriti dalam sukan larian.

Foto – Kashmir Broadcasting Corporation

Selain itu, World Athletics melaporkan berkemungkinan akan melarang penggunaan kasut Nike edisi Vaporfly, kerana di dakwa fungsi unik kasut tersebut memberi kelebihan yang tidak adil kepada pelari. Kasut yang di pakai oleh peserta dari Kenya ini telah mencatat rekod terpantas dalam acara maraton wanita.

Kasut sukan Nike Vaporfly ini didakwa menggunakan foam dan tapak kasut fiber karbon yang mampu berikan kelebihan meningkatkan kelajuan bagi setiap langkah yang dibuat oleh pelari.

Tambahan lagi, isu mengenai kesihatan untuk jangka masa panjang juga menjadi antara isu yang berbangkit jika menggunakan kasut sukan yang mempunyai tapak kasut yang diperbuat dari karbon fiber dan foam berteknologi tinggi ini.

Foto – Hype

Buat masa sekarang pertubuhan World Athletics belum mengumumkan keputusan mereka mengenai keputusan larangan penggunaan kasut Nike edisi Vaporfly tersebut dan rekod larian Brigid Kosgei juga tidak dapat dipastikan sama ada rekod lariannya sah atau dibatalkan.

Apa-apa di harap isu ini dapat di selesaikan dengan baik kerana ia melibatkan kerjaya atlet sukan dan juga kesihatan pengguna bagi jangka masa panjang.

Rujukan: 1, 2

The post Gara-Gara Pecah Rekod Maraton, Kasut Nike Vaporfly Kena Ban appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14523