Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14523

Fesyen “Turtleneck” Buat Penampilan Kamu Makin Bergaya Macam Artis!

$
0
0

Turtleneck merupakan fashion staple sepanjang zaman. Ia juga sesuai dipakai setiap musim.

Merupakan item fesyen kegemaran ikon Audrey Hepburn, turtleneck mampu membuatkan anda kelihatan lebih ramping kerana detail di leher membuat bayang anda secara keseluruhan kelihatan lebih tinggi.

Sama ada tuck in ke dalam jeans, dipasangkan dengan seluar biasa, atau dengan skirt dan dress, selebriti membuktikan turtleneck adalah item fesyen yang selesa, yang perlu ada dalam koleksi.

Jika nak beli, sila cari 3 jenis turtleneck ini.

Turtleneck Hitam 

Mulakan dengan mencari turtleneck paling basic iaitu warna hitam. Mudah untuk digayakan, malah penampilan boring bertukar sofistikated.

Foto – Arkib Wanista

Putih Suci

T-shirt putih merupakan item fesyen timeless, boleh dipakai sepanjang zaman pada bila-bila musim sahaja. T-shirt dengan leher potongan V, bulat, berkolar dan semestinya turtleneck.

Foto – Arkib Wanista

Baca : Tips Gayakan “T-Shirt Putih” Agar Nampak Menarik Dan Stail

Ceria Yang Bercorak

Jika anda inginkan warna dalam penampilan, penulis cadang turtleneck yang bercorak atau sekadar yang berwarna selain putih dan hitam. Sebagai contoh, Kourtney Kardashian tampil seksi dalam turtleneck cetakan harimau dari fabrik sheer.

Foto – Arkib Wanista

Sebaiknya dapatkan turtleneck dari fabrik yang berkualiti supaya boleh dipakai berulang kali tanpa rosak. Ala, beli sahaja di Uniqlo atau Muji, harga pun berpatutan.

The post Fesyen “Turtleneck” Buat Penampilan Kamu Makin Bergaya Macam Artis! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14523