Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14523

SOLO Lebih Baik, Ini Antara Ciri Wanita Yang Selesa Bersendirian

$
0
0

Solo lagi bagus dari di kelilingi dengan orang-orang toksin!

Siapa setuju dengan kenyataan tersebut kita geng, wanita yang mampu hidup bersendirian dan berdikari seperti ini memiliki personaliti diri yang kuat. Lagi pula bergerak secara solo membuatkan diri lebih selesa dan wanita-wanita jenis ini lebih bersifat memerhati.

Selain itu, bersendirian tidak bermaksud diri mereka adalah seorang yang dingin. Mereka cuma belum bertemu dengan orang-orang yang serasi dan selesa dengan jiwa mereka sendiri.

Wanita yang suka bersendirian ini mempunyai kualiti dan ciri-ciri diri yang unik dan bagus. Mereka tahu siapa diri mereka dan apa yang mereka mahukan. Nah, berikut wanista kongsikan ciri-ciri wanita yang lebih selesa bersendirian.

Mungkin kamu juga tergolong dalam ciri wanita seperti ini, siapa tahu.

#1 Tidak Mahu Orang Toksin Dalam Hidup

Foto – Elite Daily

Antara ciri wanita yang selesa bersendirian adalah, mereka tidak mahu orang-orang toksin ada dalam hidup mereka. Lebih baik hidup dikelilingi dengan orang-orang yang ikhlas dengan diri mereka.

Meskipun kumpulan mereka kecil, ianya lebih baik berada dalam kumpulan yang besar tetapi dikelilingi dengan orang-orang yang tidak sepatutnya.

#2 Jenis Ikhlas Dalam Berkawan

Foto – Finder

Dek kerana diri mereka tidak mahu dikelilingi dengan orang-orang yang toksin, mereka akan mencari dan memilih kawan yang betul-betul ingin berkawan dengan diri mereka. Biarpun kawan rapat boleh di bilang dengan jari, tetapi ianya adalah lebih baik.

Apabila diri mereka berkawan dengan seseorang, mereka akan menjaga dan menyayangi kawan mereka dengan seikhlas hati.

#3 Miliki Keyakinan Diri Yang Tinggi

Foto – Travel pulse

Wanita jenis ini bukan saja akan menjaga kawan, mereka juga memiliki keyakinan diri yang sangat tinggi dan tahu batas-batas mereka sendiri. Tambahan lagi, diri mereka juga mempunyai prinsip dan nilai moral yang baik.

Orang yang mengetahui batas diri dan miliki prinsip diri adalah individu yang bagus.

#4 Tak Kisah Hidup Solo

Foto – Elite Daily

Bagi wanita jenis ini, mereka tidak kisah jika mereka tidak memiliki pasangan hidup. Wanita jenis ini lebih suka mencari hubungan yang berkekalan dan mereka sanggup menunggu ‘Mr.Right’ mereka sendiri.

Lagi satu, wanita seperti ini lebih gemar menikmati saat-saat solo sebelum bertemu dengan pasangan sejati mereka. Dan diri mereka sendiri juga memiliki matlamat hidup sendiri jadi sementara menunggu pasangan yang sesuai, mereka akan menyibukan diri dengan tugasan kehidupan.

#5 Mereka Adalah Pasangan Yang Terbaik

Foto – Awall Papers Craft

Apabila diri mereka telah berpunya, mereka akan menjalani hubungan tersebut dengan niat yang baik tetapi adakalanya ia memerlukan masa untuk seseorang tersebut menjadi insan yang istimewa dalam diri mereka.

Tetapi apabila orang tersebut telah menjadi individu yang istimewa dalam diri wanita jenis ini, mereka sentiasa berada di sisi pasangan mereka baik dalam susah mahupun senang. Dan mereka tidak akan meninggalkan pasangan mereka. Bertuahnya siapa yang jadi pasangan wanita jenis macam ini.

#6 Mereka Miliki Emosi Yang Kuat

Foto – She Cruises

Wanita yang mampu hidup bersendirian memiliki jiwa dan emosi yang kuat, walau apa jua situasi yang mereka lalui mereka akan tangani sebaik mungkin. Memiliki semangat dan jiwa yang kental adalah kerana mereka sering memuhasabah diri di saat bersendirian.

Meski diri mereka berada dalam situasi yang menekan, mereka akan kembali pulih apabila meluangkan masa bersendirian dan analisa semua masalah dengan mentaliti dan semangat yang kuat.

#7 Tidak Suka Bergantung Kepada Orang Lain

Foto – Expat Shaarlem

Wanita yang suka bersendirian adalah jenis wanita yang berdikari dan boleh menjaga diri mereka sendiri, jadi tidak hairanlah mereka tidak suka bergantung kepada orang lain untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

Lagi pula, mereka sendiri tahu ianya sukar untuk mencari orang yang boleh buat mereka bergantung harap, lalu mereka belajar untuk berdikari sendiri dari bergantung dan meminta bantuan dari orang lain.

#8 Tit-For-Tat, Jangan Ingat Mereka Mudah Dibuli

Foto – Zoosk

Jika kamu ingat wanita yang jenis bersendirian ini mudah dibuli, maka kamu silap besar. Mereka tidak akan benarkan sesiapa yang cuma mengganggu ketenteraan hidup mereka. Jika ada yang cuma mencari masalah dan melakukan provoakasi kepada mereka, bersiap sedialah menanti serangan balas dari mereka.

#9 Tahu Menghargai Diri

Foto – Love Panky

Wanita seperti mereka memiliki hubungan yang kuat dalam diri mereka. Wanita jenis ini tahu menghargai diri mereka sendiri, mereka suka melakukan aktiviti kegemaran mereka sendirian seperti membaca buku, menulis, berjalan di taman, bermain alat muzik, dating seorang diri, belajar benda baru dan sebagainya.

Mereka akan meluangkan masa untuk diri mereka dan lakukan apa saja yang mereka suka secara bebas. Dalam masa yang sama, mereka juga secara tidak langsung menemui bahagian tersembunyi dalam diri mereka sambil meneroka dunia sekeliling.

#10 Lebih Selesa Jadi Diri Sendiri

Foto – Live Happy

Wanita jenis ini belajar menerima diri mereka sendiri, mereka bahagia dengan kekurangan dan kelebihan diri mereka. Malah mereka juga mampu menjaga diri mereka sendiri dan paling penting mereka sangat mencintai diri mereka sendiri.

Oleh sebab itu, mereka selesa menjadi diri sendiri, mereka tahu kecantikan jiwa mereka di mana dan kecantikan dari dalam lebih baik dari luaran yang orang lain selalu agung-agungkan.

Jadi kamu rasa kamu wanita jenis ini, kamu sebenarnya insan yang hebat. Hidup secara solo bukan bermaksud kamu akan bersendirian sehingga ke hari tua, cuma kamu belum bertemu dengan orang betul dalam hidup kamu.

Jadi sementara sedang bersendirian sekarang, nikmatilah segala yang ada disekeliling kamu.

Rujukan

The post SOLO Lebih Baik, Ini Antara Ciri Wanita Yang Selesa Bersendirian appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14523