Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14531

Awas! Spray Disinfektan, Boleh Mudaratkan Kesihatan

$
0
0

Siapa sangka produk yang disangka bagus untuk membunuh kuman, boleh memudaratkan kesihatan diri pada jangka masa panjang.

Awal tahun ini kita semua dikejutkan dengan serangan influenza, dan kanak-kanak adalah antara mangsa yang ramai dijangkiti flu tersebut. Ekoran jangkitan virus yang semakin menjadi-jadi, ibu bapa mengambil langkah berjaga-jaga dengan membersihkan rumah dan persekitaran menggunakan produk-produk disinfektan.

Bukanlah nak kata produk-produk seperti spray disinfektan itu tidak bagus, memang betul spray disinfektan itu boleh membunuh kuman dan virus flu tetapi ianya bagus untuk jangka masa pendek sahaja.

Jika spray disinfektan digunakan bagi jangka sama lama, ia akan beri kesan mudarat kepada kesihatan kita semua.

Kenapa Spray Disinfektan Boleh Jejaskan Kesihatan

Foto – live Simply

Penggunaan produk antiseptik ini telah menjadi satu kemestian dalam membersihkan lantai rumah, dapur dan barangan dalam rumah dalam membunuh kuman dan virus. Tetapi disebalik keberkesanan spray disinfektan, ia mengundang bahaya yang tak disangka.

Tahukah kamu semua, menghidu bau dari spray disinfektan dalam jangka masa yang lama boleh jejaskan kesihatan kamu dan ahli keluarga.

Berikut wanista senaraikan sebab mengapa penggunaan spray disinfektan ini menjejaskan kesihatan manusia.

Mengandungi Ethanol

Kebanyakan produk spray disinfektan mengandungi ethanol, ethanol merupakan bahan bakar yang berbahaya dan beracun jika ambil.

Bagi yang tak tahu, ethanol inilah yang merupakan salah satu bahan yang menyebabkan hati gagal berfungsi dan masalah jantung.

Jadi bayangkan hari-hari kamu gunakan spray disinfektan dengan mengelap meja makan, sofa, dapur dan perkakas dapur, apa akan jadi pada tubuh kita.

Ada Bahan Alkyl Dimethyl Benzyl

Selain ethanol, spray disinfektan juga mengandungi alkyl dimethyl benzyl atau juga dikenali sebagai dimethyl benzyl ammonium chloride. Bahan ini bukan saja terdapat dalam spray disinfektan tetapi ia juga terdapat dalam produk eye drops, sanitizer tangan, inhalers dan produk antiseptik lain.

Kesan bahan ini boleh menyebabkan kesan seperti:

  • Ciliary motion – yang merupakan rambut bersaiz mikroskopik yang bergerak masuk dan memindahkan cecair di atas permukaan tisu dalaman.
  • Nasal mucosal histology – ia akan memberi kesan terhadap struktur mikroskopik pada hidung dan tekak.

Sebatian Ammonium

Jangan keliru dengan ammonia, meski kedua-dua bahan ini digunakan secara meluas dalam produk pembersihan. Namun struktur sebatiannya berbeza. Ammonium tidak mempunyai bau dan tidak menjejaskan kehidupan akuatik. Manakala ammonia mempunyai bau yang kuat dan boleh menjejaskan kehidupan akuatik.

Bunuh Kuman Dengan Cara Ini

Foto – Phys

Siapa yang tidak mahu menjaga kebersihan dari jangkitan kuman dan virus bukan. Tetapi menggunakan produk disinfektan yang merupakan bahan antiseptik boleh mengundang bahaya kepada diri dan ahli keluarga kamu.

Tapi cara yang bagaimana pula kita semua boleh gunakan dalam menyahkan jangkitan kuman dan virus. Nah, wanista berikan beberapa cara yang boleh kamu gunakan dan ianya lebih selamat dari menggunakan produk seperti spray disinfektan yang terdapat di pasaran.

Air Panas

Foto – Diffen

Mungkin ramai yang berpendapat menggunakan air panas untuk mensterilkan peralatan dapur dan sebagainya adalah cara kuno dan dah lama. Tapi tahu tak yang pihak hospital sendiri juga menggunakan air panas bagi mensterilkan peralatan mereka.

Dan membersihkan barangan dalam rumah dengan menggunakan air panas adalah cara terbaik bagi membasmi kuman.

Cuka

Foto – Esorae Luxury

Ya cuka dapat memusnahkan bakteria, penggunaan cuka dalam membunuh kuman telah lama digunakan sejak 100 tahun yang lalu. Kesan asid yang terdapat dalam cuka telah terbukti boleh membunuh bakteria dan virus tanpa menjejaskan kesihatan manusia.

Jadi tukar produk menyahjangkitan dengan cara yang selamat seperti ini. Kuman tiada, kesihatan pun tidak terjejas!

Rujukan: 1, 2,

The post Awas! Spray Disinfektan, Boleh Mudaratkan Kesihatan appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14531