Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14523

Artis Sanggup Jalani 7 Pembedahan Untuk Kelihatan Seperti Patung Anime

$
0
0

Luar biasa, bekas bintang realiti Amerika Syarikat, Angelique Morgan atau lebih dikenali sebagai Frenchy Morgan berkongsi berita yang mengejutkan baru-baru ini.

Bekas bintang bagi program “Celebrity Big Brother”, “Rock of Love” dan “Charm School” ini merancang ingin membuat proses pembedahan sebanyak tujuh kali, untuk kelihatan seperti patung anime kegemarannya.

Pengumuman yang mengejutkan ini, diumumkan dalam sebuah program dukumentari di Barcroft TV. Frenchy yang mengakui dirinya taksub dengan anime, K-Pop dan manga (komik) Jepun ini, menyatakan hasrat dirinya yang mahu kelihatan seperti patung anime kegemarannya.

“Saya mahu kelihatan seperti patung fantasi anime dengan super power” ujar Frenchy.

Foto – Newstip

Bekas bintang program realiti ini telah menjalani perubahan yang drastik pada bahagian payudaranya, di mana Frenchy telah menjalani pembedahan membesarkan payudara bersama pakar pembedahan plastik Beverly Hills yang terkenal dunia, iaitu Dr. Robert Rey atau lebih mesra dengan nama panggilan Dr. 90210.

Frenchy sanggup menjalani pembedahan payudara yang drastik dengan membesarkan payudara pada saiz payudara 34E, agar ianya kelihatan seperti patung anime. Malah Frenchy juga menyatakan bahawa dirinya tidak suka dengan penampilan yang kelihatan natural.

“Saya tidak mahu kelihatan natural, natural sangat membosankan” katanya.

Foto – Newstip

Tambahan lagi, Frenchy juga menyatakan ingin membuat transformasi menyeluruh agar kelihatan sama seperti patung anime kegemarannya. Frenchy menggambarkan patung anime tersebut tinggi, langsing dan cantik, serta memiliki payudara yang sangat besar.

Oleh itu, bekas bintang realiti ini menyatakan bakal menjalani dua lagi pembedahan pada badannya untuk mengecilkan pinggangnya dan membesarkan punggungnya.

Selain itu, Frenchy juga menyatakan yang dirinya ingin menjalani lima proses pembedahan di bahagian pipi, bibir, mata, muka dan rhinoplasty. Di anggarkan perbelanjaan keseluruhan pembedahan ini lebih kurang $100,000 atau RM406,030. Frenchy merancang ingin membuat pembedahan tersebut di Korea.

Frenchy yang mendapat dorongan dan sokongan dari teman lelakinya, Oli London yang juga seorang peminat K-Pop dan superfan BTS Jimin.

Memahami keinginan teman wanitanya yang obses mahu kelihatan seperti patung anime, kerana dirinya juga sangat obses dengan artis K-Pop, sehingga sanggup menjalani pemebdahan plastik untuk kelihatan sama seperti wajah BTS Jimin.

Foto – Oli London

Kedua-dua pasangan ini dikatakan, akan menuju ke Tokyo dan Seoul pada bulan April nanti, bagi menyelami dunia anime dan menemani Frenchy mengejar impiannya yang mahu menjadi patung anime hidup.

Macam-macam orang sekarang ni.

The post Artis Sanggup Jalani 7 Pembedahan Untuk Kelihatan Seperti Patung Anime appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14523