Jarang nak dengar penguin tertarik sesama jantina. Dengan penuh keterujaan, pasangan penguin sesama jenis ini diumumkan sebagai ibu bapa pertama.
Electra dan Viola yang baru menyambut anak mereka di Akuriam Oceanogràfic València di Sepanyol. Anak penguin tersebut adalah hasil daripada mengadopsi telur pasangan lain.
Pasangan ini mula menunjukkan minat untuk menjadi ibu bapa apabila mereka mula membina sarang menggunakan batu. Melihat kesungguhan ini, pekerja di akuarium tersebut telah mengambil telur daripada pasangan penguin yang lain. Pengalaman ini memberikan keterujaan kepada pasangan penguin lesbian tersebut.
“Super moms” ini telah mengadopsi, menginkubasi dan membesarkan telur daripada pasangan lain telah menjadikan mereka pasangan ketiga penguin gentoo yang menyambut penetasan anak penguin semasa musim pembiakan.
Telur penguin pada kebiasaannya akan menetas sekitar 38 hari dalam proses inkubasi dan bayi penguin akan menjadi matang sekitar 75 hari. Electra dan Viola telah mengikubasi telur mereka secara bergilir sehingga ia menetas.
The post Pasangan Penguin Lesbian Di Sepanyol Sambut Kelahiran Anak Pertama appeared first on Wanista.com.