Cinta merupakan satu perasaan yang indah dan perasaan ini datang tanpa di duga, bertambah konflik apabila perasaan itu hadir terhadap kawan baik sendiri.
Jatuh cinta terhadap kawan baik atau best friends bukan satu perkara asing dalam rod kehidupan manusia, cuma akan muncul perasaan dan pemikiran yang cenderung memikirkan risiko tatkala jatuh cinta terhadap kawan sendiri.
Jom teroka apa risiko yang sering difikirkan oleh individu yang jatuh cinta dengan kawan baik sendiri di bawah.
#1 Perasaan Tidak Berbalas
- Foto – Discover Magazine
Antara kerisauan yang sering dirasai oleh individu yang jatuh cinta terhadap kawan baik sendiri adalah, perasaan cinta mereka tidak berbalas. Yakni mereka hanya bertepuk sebelah tangan sahaja, semua orang perlu faham bahawa perasaan cinta adalah suci dan tidak boleh di paksa.
Jadi jika individu atau kamu sendiri ingin meluahkan rasa kepada kawan baik sendiri, risiko cinta tidak berbalas boleh berlaku.
#2 Hubungan Persahabatan Terjejas Dan Tidak Seperti Dahulu
- Foto – Debra Macleod
Risiko besar yang cenderung difikirkan oleh individu yang jatuh cinta terhadap kawan baik mereka sendiri adalah, apabila cinta yang diluah tidak berbalas dan hubungan persahabatan menjadi taruhan.
Hubungan persahabatan yang dibina kemungkinan besar akan terjejas dan tidak akan kembali harmonis seperti waktu dahulu lagi.
#3 Mungkin Hanya Seketika
- Foto – Live About
Ada juga kes yang mana hubungan tersebut berbalas tetapi kawan baik kamu mungkin akan luahkan rasa risau jika apa yang kamu rasa terhadap dirinya hanya sementara, dan jika ini berlaku kemungkinan besar hubungan tersebut bertukar menjadi musuh pula.
#4 Takut Berdepan Dengan Perasaan Sendiri
- Foto – Huffpost Canada
Mencintai seseorang terutama terhadap kawan baik sendiri membuatkan diri sendiri takut untuk berdepan dengan perasaan sendiri, kerana memikirkan pelbagai faktor yang mungkin menjurus hubungan persahabatan menjadi awkward.
#5 Mainan Emosi Yang Mengelirukan
- Foto – Medium
Selain itu, kamu juga mungkin berasa dilema dengan perasaan dan emosi yang tiba-tiba berputik terhadap kawan baik sendiri, setelah bertahun-tahun berkawan dan baru kini perasaan cinta itu hadir.
Jadi tidak hairanlah kamu mungkin merasakan ianya mainan emosi hingga mengelirukan perasaan dan fikiran sendiri.
- Foto – New York Post
Sebenarnya, dalam membina hubungan kamu tidak perlu tergopoh-gapah ambil masa untuk mendalami perasaan kamu sendiri.
Dan dalam masa yang sama cuba tunjukan hint-hint yang kamu berminat terhadap kawan baik kamu, kerana jika kawan baik kamu sedar mungkin ada jalan untuk kamu berdua.
Apa-apapun dalam hubungan sebegini perlulah berlandaskan kemahuan kedua-dua pihak, kerana it’s takes two to tango betul tak?
The post Risiko Jatuh Cinta Dengan Kawan Baik Sendiri appeared first on Wanista.com.