Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14598

[Info Cantik] 11 Tips Penjagaan Kulit Untuk Wanita 60 Tahun Ke Atas

$
0
0

Semakin tua umur seorang wanita, maka akan semakin tua usia kulit wajah, kecuali mereka yang sentiasa mengamalkan rutin penjagaan kulit secara teratur sejak di awal remaja lagi.

Wanista kongsikan 11 tips penjagaan kulit untuk wanita 60 tahun ke atas.

#Pilih produk anti penuaan dengan bijak

Perkara terbaik adalah berunding dengan doktor kulit yang boleh mengesyorkan anda produk anti penuaan terbaik di pasaran mengikut umur, jenis kulit dan keperluan. Pastikan anda menggunakan produk secara rutin untuk kekal muda dan segar.

#Gunakan pembersih pelembap

Jangan gunakan pencuci yang keras yang hanya menyebabkan kulit menjadi kering.

#Melembapkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari

Gunakan pelembap anda terutamanya pada waktu malam. Kulit anda memerlukan kelembapan untuk memerangi kulit kering dan keduatan.

#Minum banyak air

Minum banyak air untuk mengekalkan kulit yang sihat dan terhidrat.

#Belajar teknik solekan untuk menyembunyikan penuaan

Tompok penuaan, kedutan dan jerawat adalah realiti kehidupan anda. Adalah lebih baik untuk menerimanya dan cuba belajar teknik menyembunyikan dengan berkesan. Kalau boleh, dapatkan khidmat nasihat daripada perunding kecantikan untuk belajar teknik solekan yang bersesuaian di usia begini.

#Gunakan skrub ringan

Anda perlu menggunakan skrub lembut secara perlahan-lahan untuk membuang lapisan sel kulit mati. Ikuti dengan toner dan pelembap.

#Gunakan krim khas untuk mata dan tangan

Anda boleh mendapatkan krim mata dan tangan untuk menyediakan pelembap tambahan untuk kawasan ini.

#Jangan lupa krim pelindung matahari

Pelindungan matahari dengan SPF yang baik perlu dipakai setiap kali melangkah keluar dari rumah.

#Dapatkan rawatan kecantikan di spa/salon

Cuba manjakan diri dengan rawatan kecantikan dari kepala sehinggalah ke kaki. Pastikan pakar yang menguruskan kulit anda.

#Makan sihat dan mengambil pemakanan tambahan

Dapatkan nasihat doktor dan pakar pemakanan untuk mengetahui makanan yaang membantu melawan penuaan dan makanan tambahan yang menjaga keperluan nutrisi kulit. Makan makanan yang sihat epanjang masa.

#Bersenam secara tetap, jaga kualiti tidur

Di usia begini bukan penghalang anda untuk terus bersenam. Sentiasa rajin untuk berjalan kaki setiap hari, pastikan mendapat tidur yang mencukupi. Jalani kehidupan yang aktif dan sihat, semua ini akan membantu anda mempunyai kulit yang sihat dan badan cergas.

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14598

Trending Articles