Adele yang mengejutkan para peminat dengan perjalanan penurunan beratnya, kini gambar yang dimuat naik di Instagram telah mendapat perhatian dan kritikan ramai orang.
Menerusi sebuah majlis yang diadakan secara besar-besaran di England, Adele telah memuat naik gambar memakai hiasan kepala berbulu kuning, bikini bendera Jamaica dan rambut yang digayakan dengan simpul Bantu.
Penyanyi tersebut telah dituduh mencetuskan isu cultural appropriation akibat daripada pakaian dan gaya rambut ketika meraikan budaya Carribean dan toleransi antara kaum.
Kebanyakkan selebriti berkulit putih menggayakan Black culture, mereka akan dipuji dan dipandang tinggi. Tetapi bagi Black women pula, mereka yang menggayakan rambut dengan simpul Bantu akan dilihat sebagai tidak professional dan tidak diterima serta boleh dipecat dalam 43 buah negeri yang melarangnya.
Di sebalik kecaman yang diterimanya, rakan-rakan selebriti dan peminat yang memberikan kata-kata semangat dan menolak kritikan yang diberikan kepada Adele.
Kebanyakan rakyat Jamaica tidak memarahi dan memberikan reaksi positif terhadap penampilan Adele, “Bagaimana bukan rakyat Jamaica boleh memarahi Adele sedangkan rakyatnya tidak memarahinya. Ini adalah pakaian karnival biasa. Biarkan Adele menyanyi HELLO PON DI ADA SIDE“.
The post Mencetuskan Isu “Cultural Appropriation” Adele Dikecam Teruk appeared first on Wanista.com.