36 jenis warna termasuk dengan top coat dan base coat, BLOOP kini mengeluarkan produk kosmetik yang selamat dan inovatif iaitu rangkaian Aqua Gel Polish.
Sesuai dalam mengekalkan gaya dan kesegaran, wanita moden kini boleh melakukan aktiviti harian mereka tanpa perlu risau. Aqua Gel Polish yang kering dengan pantas dapat memudahkan anda untuk bertukar warna mengikut mood harian.
Bebas daripada bahan yang berbahaya seperti Formaldehyde, Aromatic Hydrocarbons, Petrochemical Solvents, Polyutherance dan Lead, pewarna kuku ini boleh digunakan dalam kalangan orang dewasa dan juga kanak-kanak.
Aqua Gel Polish tiada bahan pelarut dan mesra alam dapat melembapkan kuku anda serta boleh digunakan dalam kehidupan harian anda. Bebas alkohol dan tidak berbau, boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai alergik.
Kepelbagaian warna daripada gaya fashion queens kepada wanita klasik, anda boleh memilih warna-warna seperti:
# VIBRANT & BOLD SHADES
- Crimson Cove
- Magenta Rose
- Heather Feather
- Blue Bell
#CLASSIC NEUTRAL SHADES
- Champagne
- Dessert Sand
- Cocoa
#STREAK OF GLAMOUR
- Bell Rose Aqua
- Pink Iceberg
- Sunbeam
Rangkaian Aqua Gel Polish ini boleh didapati di Watsons terpilih dan dalam talian di Shopee dan Lazada dengan harga RM 38 sebotol. Untuk menyambut pelancaran ini, BLOOP menawarkan promosi khas di Watsons (Beli 2 untuk RM 48) dan di Lazada (Beli 2 percuma 1).
The post BLOOP Buatkan Kuku Makin Cantik Dengan Aqua Gel Polish appeared first on Wanista.com.