Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506

Tengok Trailer Dah Goosebump, 5 Cerita Best Akan Datang Di Netflix

$
0
0

Siapa dekat sini yang bila tiba hujung minggu dihabiskan dengan menonton Netflix, memandangkan hari biasa kekangan masa? Kita geng!

September 2020 menyaksikan pelbagai cerita best sama ada siri, filem, atau dokumentari menyinar di Netflix, 5 yang anda semua tidak boleh ketinggalan adalah…

Alive

Setelah mendapat pulangan luar biasa di Korea Selatan, filem bergenre thriller zombi Alive akan membuat tayangan perdana antarabangsa di Netflix pada 8 September 2020.

Alive menampilkan gandingan mantap Yoo Ah-in dan Park Shin-hye berkisar tentang wabak virus misteri yang tiba-tiba merebak ke seluruh Seoul dan berkembang dengan cepat di luar kawalan, dah macam coronavirus pula.

Ratched

Melihat pada trailer dengan koordinasi warna pastel memang meruntunkan jiwa, diiringi pelbagai babak ngeri dan jelik buat penulis rasa tidak sabar.

Pada tahun 1947, Midlred Ratched mula bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital psikiatri terkemuka. Tetapi siapa sangka pelbagai perkara misteri dan kisah gelap terjadi.

Ratched akan mula menemui penonton pada 18 September 2020.

The Devil All The Time

Ramai teruja kerana filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Tom Holland, Robert Pattison, Bill Skargard, Sebastian Stan.

Filem ini adaptasi novel Donald Ray Pollock, mengikuti kisah keluarga Russell selama beberapa dekad di bandar Knockemstiff, Ohio dan Virginia Barat. Filem ini ketengahkan genre noir dipenuhi dengan adegan pengorbanan binatang, pemerkosaan, dan pembunuhan.

Anda boleh mula streaming pada 16 September 2020.

The Haunting Of Bly Manor

Selepas The Haunting of Hill House, muncul pula The Haunting of Bly Manor, berlatar masa pada tahun 1980-an di England.

Selepas kematian tragis pasangan suami isteri, Henry Wingrave mengupah pengasuh muda dari Amerika untuk menjaga anak-anak yang tinggal di Bly Manor bersama pekerja lain. Disebalik rumah agam, tersingkap kisah mistik di loting rumah yang penuh dengan anak patung.

Mula tayangan pada 9 Oktober 2020.

Enola Holmes

Millie Bobby Brown kembali dalam filem Enola Holmes. Penulis tartarik dengan stail fast-forward pada trailer, Enola sebagai tukang cerita.

Semasa mencari ibunya yang hilang, remaja perempuan Enola Holmes nekad menggunakan kemahiran untuk mengalahkan abangnya Sherlock Holmes. Pengambaraan Enola penuh liku dan ranjau, sesuai ditonton seisi keluarga.

Akan datang pada 23 September 2020.

Tak sabarkan? Jangan lupa streaming di Netflix!

The post Tengok Trailer Dah Goosebump, 5 Cerita Best Akan Datang Di Netflix appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506