Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506

Juhi Chawla Amal Ayurveda Untuk Jaga Kesihatan Dalam Dan Luar

$
0
0

Cemburu tengok aktres Juhi Chawla makin cantik dan sihat walhal umur dah masuk awal 50an, agak-agak apa rahsia Juhi dalam menjaga kesihatan diri dalam dan luar?

Sebenarnya kalau nak tahu Juhi mengamalkan gaya hidup sihat berpandukan konsep ayurveda dalam kehidupan hariannya, jadi tidak hairanlah aktres jelita ini makin menawan, kuat dan sihat betul tak.

Jom ikuti beberapa tips ayurveda dari Juhi dalam menjaga kesihatan dalaman dan juga luaran, di bawah!

Tingkatkan Sistem Imun Guna Pelan Diet Ayurveda

Foto – Be Inspired

Berdasarkan perbincangan antara Juhi dan doktor Smita dari Ayushakti Ayurved, untuk menjaga kesihatan dan meningkatkan sistem imun badan adalah dengan mengamalkan pelan diet ayurveda yang berasaskan buah-buahan segar, sayur-sayuran, halia, kulit buah delima dan teh herba.

Hilangkan Tekanan Secara Natural

Foto – Arkib Wanista

Terlalu tertekan hingga segala tugas terjejas?

Ikut cara Juhi dengan mengamalkan pranayama iaitu latihan pernafasan dalaman pada setiap pagi, lakukan rutin latihan pranayama selama 10-15 minit setiap hari boleh membebaskan diri dari tekanan.

Jom semak rutin pranayama di sini.

Hasilkan Sanitizer Guna Bahan Semula Jadi

Berdasarkan perkongsian Juhi di laman Instagramnya, Juhi berkongsi bagaimana nak menghasilkan sanitizer dengan menggunakan bahan-bahan yang berasaskan tumbuhan semula jadi.

Untuk menghasilkan sanitzer menggunakan cara ayurveda ini cukup ringkas, kamu hanya perlukan beberapa helai daun neem, serbuk kunyit dan air.

Selepas itu campurkan kesemua bahan-bahan dan kacau rata, kemudian tuang dalam botol spray. Sanitizer sedia untuk digunakan, senang bukan?

Jaga Kesihatan Dalam Dan Luar Dengan Ayurveda

Foto – Arkib Wanista

Dengan peningkatan usia dari tahun ke tahun, Juhi sangat menitikberatkan penjagaan kesihatan dalam dan luaran dengan mengamalkan teknik kesihatan dari ayurveda.

Bagi menjaga kesihatan diri senaman adalah penting bagi mengekalkan kesihatan diri, selain itu pengamalan rutin pranayama, berlari, dan mengamalkan diet detox.

Antara resepi diet detox mengikut ayurveda adalah satu sudu halia, jintan dan biji ketumbar, kemudian tuang lima gelas air dalam periuk dan rebus bahan-bahan tersebut.

Minum air detox ini pada suhu suam-suam kuku setiap hari dan setiap kali kamu berasa lapar, senang bukan?

Foto – Arkib Wanista

Patutlah Juhi Chawla setiap hari kelihatan sihat dan ceria, dengan mengamalkan gaya hidup berdasarkan ilmu ayurveda dirinya nampak lebih muda dan berseri.

Kalau nak cantik, sihat dan kuat seperti Juhi Chawla, boleh cuba amalkan ayurveda dalam kehidupan masing-masing masa ada nak menjaga kesihatan diri, kecantikan mahupun keseimbangan mental.

Selamat mencuba!

The post Juhi Chawla Amal Ayurveda Untuk Jaga Kesihatan Dalam Dan Luar appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506