Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14509

Pantang Larang Sebelum Beli Produk Retinol Kena Tahu

$
0
0

Retinol salah satu tips Sandara Park mengekalkan kulit wajah kekal awet muda.

Retinol adalah sejenis retinoid yang berasal dari vitamin A. Doktor mengakui retinol adalah krim anti-penuaan terbaik yang diketahui secara saintifik.

Bahan ini pada dasarnya berfungsi untuk mengelupas kulit, mengurangkan penampilan garis-garis halus dan bintik, dan ia membantu penghasilan kolagen pada kulit. Tapi tahukah, ia dilarang sama sekali digunakan oleh wanita hamil.

Ketahui benda penting yang kamu kena tahu tentang retinol sebelum membeli malah menggunakannya.

Wanita hamil

Produk kecantikan atau rawatan wajah yang mengandungi retinol atau retin-A dan retinyl palmitate sepatutnya dielakkan. Vitamin A memang penting untuk perkembangan janin namun dos tertentu boleh menyebabkan kelahiran cacat dan keracunan hati.

Beli hanya dari syarikat bereputasi baik

Retinol bukan formula yang mudah untuk dirumuskan. Ia bahan yang tidak stabil – perlu dilindungi dari udara dan cahaya.

Banyak produk retinol yang dijual secara atas talian misalnya tidak dibuat secara profesional, yang bermaksud anda boleh mendapatkan produk retinol yang formulanya rendah kualiti.

Foto – Arkib Wanista

Packaging penting

Hanya beli produk retinol yang dibungkus dalam bekas kedap udara dan UV (botol amber atau opaque).

Retinol bukan bahan yang murah

Sekiranya anda melihat produk yang mendakwa mengandungi 2% retinol dan harganya murah, confirm ia dijamin sangat tidak berkualiti.

Pilih produk yang menyatakan dengan jelas peratusan retinol

Bila anda tahu berapa % retinol di dalamnya maka anda tahu dengan tepat apa yang anda perolehi. Sebagai contoh, jika anda berumur 20-35 tahun, anda mungkin hanya memerlukan produk dengan peratusan retinol 0.5%.

Sebaliknya jika anda berumur lebih dari 60 tahun, anda memerlukan sesuatu yang lebih kuat.

Foto – Arkib Wanista

Elak retinol dengan bahan lain

Sebaiknya, elakkan produk yang mengandungi retinol bersama dengan bahan iritasi lain kerana ia hanya akan memberi reaksi buruk pada kulit, contoh seperti wangian.

Nak guna retinol boleh tapi make sure sesuai dengan kulit dan tidak memberi reaksi buruk. Selamat Beramal!

The post Pantang Larang Sebelum Beli Produk Retinol Kena Tahu appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14509